Ruangan Seram & Komedi

** PERHATIAN ** Segala yang ada di ruangan ini , hanyalah untuk hiburan semata-mata untuk Para Pengunjung Blog Ini , dan di-ambil dari website2 yang lain . Harap Maklum **

Si Penggegar Katil

Senang ceita yang pertama ni , faris namakan dia sebagai zahid . Beliau ni seorang hyper-aktif dan suka membuat lawak-lawak bodoh yang kadang2 rasa macam nak bagi pelempang jepun jew . Oke , Selepas masing2 pulang ke bilik disebabkan keletihan yang men-dewa  , zahid pun pulang ke bilik nya , tetapi beliau hanya tinggal ber-tiga di dalam biliknya , capacity bilik tu sebenarnya adalah untuk 5 orang , tetapi rezki beliau lah , dapat ruang yang agak besar , alangkah besh nye beliau , tapi bila dia dah tau cerita sebenar nye dan dinganggu semalam , ke-besh-an nye lenyap serta merta.

(Kejadian)

Pada jam2 pagi , zahid terkejut & tersedar dari tidur nya , kerana beliau merasakan seperti ada orang yang menggegarkan katil nya untuk bangun solat subuh , tapi bila beliau cuba memerhatikan di sekeliling bilinya , tidak ada sapa2 pun , cuma dua orang lagi roomate nya yang sedang kejung macam mayat ( tido ) , dan zahid decide nak tidur semula. Selang beberapa minit , katil nya digegar lagi , kali ini lebih aggresive sikit , jadi zahid bangun ( duduk atas katil ) tanpa membuka luas-luas matanya dan mterus menengking , " Wei Sial la korang , jangan la memain !! " .. Dan apabila zahid membuka mata nya , .. ehhh .. still gelap bilik nya . ( info : bilik nya time tu gelap , tapi ada cahaya dari lampu jalan , tu yang jadi cam samar2 je ) .

Selepas terdengar jeritan zahid tu , kedua-dua rakan  nya bingkas bangun dan menuju ke zahid , .. " weh , apehal ko ni , oke tak ?" .. Zahid membentak .. " alah ko buat2 tanye lak , ko yang gegar katil aku an?" .. kawan nya itu dengan muka kehairanan , " bila masa lak aku nak gegar katil kau , tak kuase aku ! " . Zahid pun akur dengan kata2 kawan nya itu , lalu menyuruh mereka sambung tidur . Zahid pun baring untuk tidur , tapi zahid nekad tidak mahu melelapkan mata , beliau ingin menangkap sio "PengGegar" katil tuh . Jadi beliau tidur secara telentang , iaitu badan menghala ke atas la ( lawan meniarap ) , tangan nya di biar di sisi , supaya senang untuk bergerak . 
Seperti yang sebelum nya , selang beberapa minit , katil zahid di goncangkan , kali ni memang kuat , bapak gajah pun boleh terpelanting , maka zahid engan sepantas Kilat Awan Nano terus menangkap tangan si "penggegar" tu menggunakan tangan kanan . ( info :punca gegaran itu datang dari arah kanan katil ), kemudian yang si "penggegar itu pun pun bersuara , " hahaha .. oke3 .. aku kalah .. aku kalah " , suara nya tak ubah seperti roomate nya yang tadi mula bertanyakan dia oke ke tak , Zahid berkata " suka ati ko je ea gurau kasar dengan aku " , dan terus mengiring kan badan nya untuk melihat kawannya tadi , tapi apabila zahid mengiring , terus genggaman zahid tadi yang padu , jadi kosng , se olah2 zahid menggegam angin .. " aik , aman dia ni .. tadi kan kat sini , laju betul " .. getus zahid , kemudian beliau bangun untuk meninjau roomate yang di tangkap nye tadi , " aik , dah ade kat atas katil dah , siap berselimut lagi .. hamlau nye budak , ko ingat aku akan termakan tipu daya ko" .. terus bingkas bangun dan bergerak ke katil membernye itu , zahid memegang selimut member nye itu , dan ingin merentap nya , ( konon nya nak balas balik lettewww) , dan apabila zahid merentap nya .. ZAPPP!! .. member nya hilang dari katil tu ,  tak sampai sesaat dah hilang , time ni zahid dah rasa lain macam , meremang bulu tengkuk dia , dia dah mula fikir kan yang bukan2 dah itme tu .

Kemuadian mata zahid mengerling ke katil membernya yang sorang lagi , pun tak ade!! .. " aik , mana lak diorang pegi memalam ni , ermm toilet kot " getus hati zahid sbb cuba hndak menenangkan hati nya , kemudian beliau ingin kembali ke katil nya , sejurus selepas zahid memusingkan badan untuk menghala ke katil nya , dalam keadaan samar2 gelap tu , mata zahd menangkap suatu lembaga , duduk di atas katil zahid, duduk sambil memeluk kaki nya dan muka nya menekap ke peha nya , serta merta jantung zahid berdegup kencang macam kuda belang kene kejar dengan harimau bintang .. dup dap dup dap!! , zahid tahu sangat2 , itu bukan kawn nya, bukan roomate nya , bukan seseorang yang dia kenal , sebab mereka di antara mereka ber itga , tiada pun ben-fizikal seperti lembagan itu , lengan dan kakinya se olah2 pangjang , kuku nya juga kelihatan panjang dengan jelas walau pun gelap , zahid cuba mengumpul kekuatan dan melangkah ke belakng  untuk mencapai tombol pintu , supaya dia boleh lari keluar bilik itu .. tetapi .... "mana lak tombol pintu ni??!!!" .. zahid berpaling ke balakng nya , apaa?!! " Takda pintu !! .. habis lah aku .. mak .. tolong zahid makkk" ,.. getus hati zahid time tu , time tu Tuhan je tau . macam mane keadaan nye ..

Kemudian 'budak' itu bangun dan jalan menuju ke zahid , sementara zahid dah terjelopok di dinding , hnya mengharap Tuhan akan menyelamatkan dia .. sikit demi sedikit zahid nampak wajah sbenar makhluk it , amat menakutkan , dengan taring nya panjang sampai ke dada , badan & muka nya pucat ,  hanya berseluar sahaja , dan ada sperti tali gantung di leher nya?? .. Setiap deru tapak kaki 'benda' tu , memang kuat menurut zahid , bingit sangat2 , zahid menutup mata dan telinga sambil mengangis ......... sehingga..........

"zahid. zahid... wei , bangun 2 , apa ni tido kat lantai ni " .. member zahid yang mngejut kan zahid , kerena zahid tertidur di lantai , ..terus zahid bersuara , dengan mata nya yang merah " Korang gimana tadi ??!! Bukan nak tolong aku tadi!! " Tido2 je hilang terus" .. kemudian member nya menjawab , " eh , kitorang mana balik bilik dari tadi , kitorang lepak kat bilik ***** la.. ktorang tdo sana .. ni baru naik ni ha .. ( info : bilik zahid di tingkat 6 , ) .. Zahid rasa macam nak pengsan semula je , kenyataan itu disokong oleh **** sendiri . abis siapa yang masuk bilik dgn aku tadi mula , siapa yang ada kat atas katil tadi ...



Lembaga Misteri

Pada suatu ketika dahulu , masa tu saya belum lagi ke dunia fana ini , chewwahh! .. ayat tak bley blah . Ibu saya tinggal di kampung bersama nenek dan adik-beradik lain . Rumah kampung itu terletak di daerah Mersing , dan susunan rumah di kawasan itu amat lah jauh dari satu rumah ke satu rumah , dan di sebelah rumah kampung ku ini adalah ladang kepala sawit dan dusun durian. Kehidupan diorang sangat harmoni dan nenek ku ada membela 2 ekor angsa ( yang suka menyudu kaki aku sekarang , rasa cam nak smackdown je angsa2 tu) .
Hendak dijadikan cerita , pada malam kejadian , tak silap , malam bulan mengembang . Di rumah nenek ku baru sahaja selesai mengadakan majlis Yassin  & Tahlil , maka selepas semua jemaah pulang ke rumah masing-masing selepas majlis berkenaan , maka tugas-tugas membasuh pinggan diserahkan kepada ibu-ku dan pakcik-ku ( abang mak saya ) . Kebetulan pada malam itu , hujan turun dengan lebat , maka mereka decide nak basuh pinggan di luar rumah , makna kata di kawasan luar rumah yang ada atap la , tapi tak berdinding , jadi mereka memulakan operasi membersihkan segala perkakas yang patut dicuci .
Setelah hampir 20 minit mereka mencuci perkakas2 tu , tiba mata ibu-ku tertangkap satu imej yang berbentuk manusia ( tapi langsung tk nampak rupa dia , sebab hnya cahaya nya lampu jalan sahaja yang menerangi ke kawasan yang ada imej tersebut . ( info : kawasan rumah kampung di kampung ku amat luas , jadi kedudukan rumah kampung ku dengan pagar rumah nya lebih kurang 30 langkah) , maka nya ibuku dah mula rasa tak sedap hati , takkan lah ada orang yang nak menghendap diorang memalam buta ni , namun bagaimana pun , imej itu berganjak dari tampatnya , hanya meliuk ke kiri & ke kanan seperti ditiup2 angin.
Namun ibuku cuba menyedapkan hati dengan berkata kepaa pakcik-ku , " alah , itu plastik la tuh tersngkut kat pagar"  . tapi yang tak best nyew , pak cik ku ini dengan hati kering kontang nye pergi bangun dari tempat mencuci perkakas itu( info : tempat mencuci pinggan semua di bawah , jadi memasing kene duduk atas bangku) dan menjerit ke arah imej itu ." oit!! apa sal duk luar , meh la ke dalam , tolong cuci-cuci ni meh!!" . Alangkah terserlah nya kebangagangan nya itu apabila imej tadi yang tidak bergerak-gerak , mula mengangktat tangan nya dan melambai-lambai ke arah mereka , memang seriau la ibu ku time tu , dan tiba-tiba ada bnyi orang mkenjerit dari dalam rumah , apa lagi , bergegas lah ibu ku n pakcik ku ke dalam rumah , tau2 je dah anak saudarnya ( anak mak teh saya) dah tak sedarkan diri , dengan muka nya yang pucat , se olah macam ditakutkan oleh sesuatu . 
Tak lama selepas itu , nenek ku membaaca sesuatu dan menghembuskan ke arah muka budak ini , terus dia tersedar dan menangis , sambil di peluk oleh mak teh ku . Bila di tanya kenapa , dia bagitau masa dia sedang menonton tv di ruang tamu , tiba2 ada makhluk yang agak hodoh ( dah memang hodoh , nak buat cemane) keluar merangkak dari bawah kabinet tv itu dan mahu menerkam nya , terus dia menjerit dan pitam , dia gambarkan makhluk itu , Hitam , tiada muka , kuku yang panjang dan tajam , bergerak seolah-olah seperti seekor biawak .
Sekarang rumah itu dah tak didiami , kerana sekarang nenek ku dalam keadaan amat2 tidak sihat , maka beliau di jaga & di uruskan oleh anak2 nya , dan rumah itu terbiar kosong shingga ke hari ini . 




Satu Jadi Dua, Dua Jadi Satu

Asslamu'alaikum semua .. i'm new here.. sila beri tunjuk ajar =) 

Oke , saya nak berkongsi sedikit pengalaman member saya punya abang punya kakak ipar punya adik lelaki ( err... macam tu lah yang dia bagitauk ).
Cerita nya begini:
                Pada Awal tahun 2005 , beliau mendapat tawaran untuk bersekolah asrama penuh di utara tanah air , di mana , tak perlu lah di beritahu , kerana menjaga nama baik sekolah tersebut. Maka beliau merasa tersangatlah excited nya sampai sehingga tiba pada waktu dan hari yang di nanti. Sepanjang perjalanan nya cuma tiur sahaja , sehingga sampai ke destinasi ( Asrama / Hostel itu ) , beliau menjerit " YEAAHHOO!!" ( mungkin over excited kot). Pada awal nya , semua seperti biasa , tiada apa-apa yang mencurigkan atau menakutkan berlaku , sehingga beliau dan parent ingin memunggah barang-barang nya masuk ke dalam hostel tersebut . ( info : beliau mendapat bilik di tingkat 4 dari 5 tingkat , bangunan nya panjang , so beliau dapat bilik no 13) .
                Pada mula-mula beliau buka pintu kereta dan turun dari kereta , beliau merasakan ada satu deruan angin yang sangat kuat ke arah nya , tetapi sejuruws selepas angin itu hilang , hati beliau berdebar2  secara tiba-tiba tanpa sebab , di lihat di sekeliling hostel nya jikalau ada apa-apa yang ganjil dan lain , di sekeliling hostel nya itu adalah kawasan kebun getah , tapi ada pemilik-nyal lah . Maka di amatilah betul-betul , tiada apa-apa yang mencurigakan pun dari pandangan kaca mata-nya . Belum sempat beliau ingin mengambil barang-barangnya , mata beliau  tertangkap kelibat ayah nya yang sedang meng-usung barangnya ke bilinya , apa lagi , beliau pun cepat-cepat lah mencapai apa-apa yang patut untuk di-angkat , lalu di kejar ayah -nya yang telah berda di hujung tangga . ( info : hostel nya tiada lift , hnya 5 tingkat , maka hnya tangga bisa digunakan) . kemudian ayahnya berpusing ke tangga yang seterusnya , dan beliau tinggal lagi 4 anak tangga untuk sampai ke tangga yang seterusnya , apabila sampai ketempat untuk berlaih ke tangga ke seterusnya , ayah nya ghaib , " eh , laju nya bapak aku jalan , kan beg tu berat "... getus hati beliau , namun tidak di-endah dan dilayan sanagt perasaan negatif nye itu.
                Sesudah nya sampai di hadapan biliknya itu , beliau memulas tombol pintu tersebut , namun berkunci ... " aik , takkan bapak aku tak samapi lagi , tadi kemain lagi laju bebenor dia jalan" .. di ketuk-ketuk , namun tidak berjawab , samapai lah ketukkan yang ke 10 , pintu itu terbuka , dengan wajah ayahnya yang membuka pintu tersebut , tapi beliau merasa sedikit hairan , kenapa wajah ayah nya seperti orang yang tiada perasaan , kira nya macam hati kosong lah ( korang fikir lah sendiri ye guane rupe dia) . Namun beliau tidak bertanya kan apa-apa , " mungkin bapak letih sal memnadu ni kot" .. beliau membuat andaian sendiri . Sedang beliau &ayahnya "un-pack" barang-barang nya , tiba dia terdengar satu suara jeritan , tetapi halus sedikit , memanggil-manggil nama nya , beliau pun mencari dari mana punca arah suara tu , beliau menjenguk ke tingkap , dan pandang ke bawah , dilihat nya ayah dan ibu nya masih di bawah .." Oit , yang kamu pergi ke atas dulu tu kenapa , barang-barang n i siapa yang nak angkat !?" .. jerit ayah nya . Beliau sudah mula merasa tidak sedap hati  , habis , siapa yang berada di dalam bilik nya sekrang , baru beberapa saat lepas , beliau asyik "un-pack" barang-brang harinya bersama 'ayah' nya.
                Oleh kerana tidak berani untuk menoleh ke tempat 'ayah' nya unpack barang-barang nya itu , beliau menyahut semula .. " eh , kan ayah tadi dah naik dengan ******* kan ,  ayah ni memain la pulak".. sambil ketawa kecil , padahal jantung nya seperti ingin tercabut , kerana , bunyi decikkan plastik-plastik yang digunakan untuk membungkus barang-barang nya juga masih berbunyi , menandakan 'ayah' nya masih un-pacikng barang-barang nya. " Ni tk boleh jadi nih , aku kene cabut , apa nak jadi , jadi lah" ..getus hati beliau , beliau bertekad untuk pusing ke belang dan terus lari tanpa menghirau kan ' ayahnya' di situ ..dan .. ZUUUFFF!!!... sepantas kilat beliau berlari turun ke bawah , anak tangga ada 10 , dah jadi macam ada 2 je , laju punya pasal .. akhir nya sampai ke kereta ayah nya , sambil termengah-mengah , beliau menarik nafas dalam-dalam , dan menceritakan kepada ayah & ibunya di kereta itu . Ayah & ibu nya asyik mendengar cerita dari beliau . 
                Dalam sedang bersungguh-sungguh bercerita , tiba-tiba ada satu suara menjerit dari kedudukan yang agak tinggi .. " ****!! yang kamu turun tu kenapa ?! banyak cantik nak suruh ayah un-pack sensorang yer?!!" .. errkk.. Beliau cukup terkejut , apabila suara itu adalah suara ayahnya , dan dia memandang ke atas , ke arah bilik nya itu , sambil hati membaca ayatul kursi yang dah tunggang langgang tu , beliau berkata " Tipu , kau bukan ayah aku , kenapa kau menjelma sebagai ayah aku?!!! kenapa!! ? ... kemudian yang di atas membalas .. "Menjelma tengkorak kamu , apa yang kamu main-main ni??!! cepat naik atas!!" .. beliau kemudian menjawab , " Kalau Kau betul ayah aku , mana mak ??!! Mana??!" .. terdiam yang di - atas , dan kemudian menjawab .. " Kamu ni ngigau ke hape ??!! Mak kamu kan tak ikut , ada kenduri di rumah sepupu kamu!!" .. erkkkhhh .. lagi lah beliau terkejut ..-----> ( FlashbacK)
[( Selepas memasukkan barang ke dalam kereta , bersalamn tangan dengan mak , dan mencium tangan mak " hati-hati tau dalam perjalanan , nanti apa-apa , telfon mak " ]) ---> (flashback Complete)

                Dengan tak semena lutut beliau menjadi sangat leonggar , dan menggigil yang amat sangat , habis kalau begitu , siapa pula di belakang nya sekrang ini , apa bila beliau menoleh ke belakang , Dua susuk tubuh yang berupa Ibu & ayah nya sudah lesap , kemudian dari jarak dekat , beliau nampak dengan jelas rupa sebear makhluk itu , tetapi agak kasap-kasap ( sama2 ) kerana waktu sudah hampir ke senja .. macam mana nak describe yea  ( muka pucat lesi , mata nya berwarna biru menyala , rambut nya pajang mengurai , mulut nya agak terkopek , dan ada kesan daging dan darah , dengan jubah putih nya yang koyak rabak dan agak kekuningan , seperti kesan tanah liat) menyeingai ke arah nya ... kemudian beliau terus rebah dan tidak sedar kan diri .
                Di dalam pengsan nya itu ,beliau berjumpa dengan seorang lelaki tua yang berjanggut , tetapi bukan berjubah , tetapi berpakain seperti hulubalang , kiranya berjanggut , tapi masih tegap  . Dia memberi salam kepada beliau , beliau menjawab , beliau diberitahu oleh orang berjanggut ini , beliau telah membuat kacau di kawasan ini , dengan menjerit , jadi 'penghuni' di kawasan tersebut marah dengan tindakan beliau yang kurang sopan , maka di beri kan sedikit pengjaran. Selapas itu beiau terus tersedar dari pengsan nya , dia sudah pun ada di katil hostel , ayah nya yang mengnangkat beliau ke katil hostel setelah nampak beliau rebah tak sedarkan diri. Selepas itu , beliau demam 4 hari , dan Alhamdulillah beliau telahpun bernasur pulik , dan berjaya menjadi seorang Guru .



Gabungan 2 Jenis Santau Menjadi Satu

Cete yg blues tulis ni adlah pengalaman dari sorang sahabat blues yg lama x jumpe. Baru2 ni dpt jumpe gan dia. Nama sahabat ni kami panggil Jazz....dier ni ibu tunggal (kematian suami) ada 1 org anak. Lama posting kat belah pantai timur.....dier mmg suke suasana kpg.

Pertama2 kali dpt jumpe dier....dier trus tanya.....ada org bleh mengubat org kena sihir x.......blues wonder.....slama kenal dier & arwah husband dier ni......dier org ni cume caya saintifik and logic aje. Pastu blues tanye....nape.....kan kau slama ni x caya perubatan tradisional.....kau cume caya....perubatan moden yg kau amalkan slama ni....Dia Jawap:
Dah lah tu blues jgn lah nak kutuk2 aku lak......aku serious ni. Aku lak respon......as u know.....ethic of doctor.....so, I not know any bomoh2 or pawang2.....beliau mendengus.....dier respon lak.....common blues please stop this game.....(to show how serious she is). Blues tanya soklan.....nape....kau ade problem ke...????? Jazz jawap....yeap....blues tanye lagi......what's up.....Jazz respons.....I suspect I been heat by this sihir & dier ckp camtu.......sbb 3 minggu lopeh dier buek full medical check-up.......but couldn't find any problem in her inner physical problem....tapi dier slalu rase cepat penat & kekadang kluar darah dr hujung rambut dier & baru smlm dier dpt batuk darah.

Jazz seolah2 merayu kat blues.....ok like this, camtu kite cube jumpa Tuan Haji yg  Blues kenal ada kat selatan tanah air. Kita cube mintak ikhtiar beliau....Jazz stuju......3 days after that, Blues and Family bring her to the promise person and place. Sesampai dpn rumah Tuan Hj ni.......Jazz tetiba pitam lalu pengsan......pueh lah Blues and Abg dier memapah Jazz masuk ke rumah tuan hj ni. Tak sompek nak bg salam....tuan haji ni....dah tersenyum jat muka pintu serambi dier....lalu di arahkan kami membawa jazz masuk.

Tuan Haji XXXXXX or Kiyai XXXXX mmg terkenal di selatan tanah air terutama nya org Johor (meninggal pd tahun 2000). Kiyai se org yg cukup Alim and Warak org nye.....penyayang & hidup dlm zuhud & khana'ah. Kiyai ni susah nak menolong org terkena sihir....tapi aritu Alhamdullilah....kiyai bersetuju utk ikhtiharkan. Tapi sblum tu....dier soh kami berehat dulu.....lopeh zohor karang baru dier nak buek.......kami ke ruang rumah dapur.....di situ dah menunggu Nenek Siti Aminah gan kueh cucuk kodok pisang & air kopi. Kiyai and nenek seronok bermain2 gan anak2 blues....ada sesekali kiyai mengusik ke anak blues....kata nya......Harris (anak blues) .....cucu kena slalu doakan kiyai tau bile dah besa nnti....jenguk2 lah kiyai yg dah tua ni......x de org yg endah org cam kiyai ni.....(aduuuss sindiran kpd blues).....dlm seronok2 tu.....tetiba...Jazz muncul di muka pintu rumah dapur....physically mmg berbeza dari Jazz yg dtg tadi....tudung dah x de....rambut merebang2 (lagak cam org gila).....mata liar berlingas mencari2 sesuatu...nafas mendengus2......beliau seolah2 berkeadaan siap sedia utk menerkam mahluk yg ada di depan nya.

Abg Jazz cube memanggil dier.....lalu di tegah oleh kiyai......kiyai menyuruh Isteri blues membawa anak2, nenek & kaum hawa ke rumah anjung....tinggal Blues, Kiyai, 2 Abg Jazz and Bapa Jazz. Kiyai berdiri setelah melihat anak2 and kaum hawa dah selamat.....kiyai memberi salam ke Jazz....Jazz mendengus lalu menyeringai.....dia melompat utk mendapatkan kiyai.....namun terduduk apabila kiyai membaca surah Al-Falaq......kiyai menyuruh kami memegang Jazz utk di baringkan di kerusi rumah dapur kiyai. Terasa tubuh yg kami papah bukan se org wanita.....badan nye keras dan kekuatan nya terlalu kuat apabile meronta....Jazz mengilai....lagak seperti langsuir.....kami ber tahan....sekelumit kemudian nya kiyai menrenjis air ke seluruh badan Jazz.......beliau meronta gan kuat, kami masih bertahan....lalu kiyai memegang ujung ibu jari kaki Jazz (dlm ber alaskan kain batik)......kali ni rontaan Jazz terlalu kuat sehinggakan kami yg memegang nya tercampak....kiyai dpt bertahan (aku berfikir masa tu mana dtg nya kekuatan org tua ni).....Jazz membuat rontaan paling kuat sehinggakan dilihat badannya seolah2 terapung....kiyai masih dpt bertahan gan memegang ujung jari kaki beliau.

Kiyai.....memejamkan mata nya......lalu tersembur ayat "Allah Hu Rabbi" & "Lahallawallah......." spontan gan tu Jazz terkujur x bergerak.....kiyai masih lagi memejamkan mata nya, mulutnya kumat kamit melafazkan zikir.....10 minit kemudian kiyai duduk di kerusi seblah Jazz......kiyai lalu menyuruh blues mengambil segelas air masak yg ada di dapur.....di renjiskan air tersebut ke muka Jazz.....beliau seolah bangun dari tidur....terpingga2 dan dlm kekeliruan....pelbagai soklan kuar dr Jazz......mane tudung kapla aku, nape aku kat sini, etc.....Kiyai kemudiannya menyuruh di rumah anjung masuk kembali.

Kami rasakan dah abis bila Jazz bangun semula......tapi kiyai mengatakan ini baru permulaan.....aku tergamam bila kiyai mengatakan begitu...dier suruh kami bermlm di rumah nye saje kalu nak selesaikan masalah Jazz ni. Kaum hawa & anak2 tlh diletakkan di rumah anak kiyai........jarak dlm 5 rumah dari rumah kiyai........ kiyai kemudiannya memanggil Bilal Seman, Pak Nila & 3 org kpg.....Kiyai membahagi2kan kerja kpd mrk....blues mendiamkan diri melihat kiyai yg dlm kesibukkan......selepas zohor....kiyai menerangkan kpd kami bentuk gangguan yg di hadapi oleh Jazz.

Kiyai mengatakan Jazz terkena sihir ilmu palan....iaitu gabungan ilmu Indonesia and Siam......ilmu telur diganbungkan gan ilmu pilin....maka terjadi 1 pembentukkan ilmu sihir yg berbaur pengasih atau x menjadi akan menjadi santau ilmu rebung.....santau yg telah melekap di tubuh masnusia seolah2 timing bomb bila tuan punya badan x mengikut kehendak ilmu pengasih. Cara utk mengenakan mangsa adalah gan meletakkan tegak jarum pada langkahan si pemangsa itu. Jarum ni selalu diletakkan di anak tangga. Kiyai menambah laie.....racun santau ini adalah 3 kali laie kuek dr santau biasa. Kesan pada pemangsa sepatutnya x lah truk selagi pemangsa mengikut ilmu pengasih tersebut iaitu jatuh cinta gan pemuda atau pemudi yg mengamalkannya. Dlm kes Jazz ini......beliau menentang kemahuan ilmu pengasih krana masih sayangkan arwah suami nya.....beliau juga istiqamah melaksanakan membaca ayatul Kursi setiap bangkit dari tidur.....


Dek krn istiqamah nya mengamal ayatul kursi selepas solat....jazz dpt mengelak sihir utk menggodanya....dan juga ilmu palan (semacam timing bomb utk santau)...tapi krn kesemuanya x menjadi....pemuda yg mengilai Jazz mengenakan ilmu sihir yg lebih kuat....gan menghantar jin kuil budha siam & bali.....itu yg dinyatakan oleh kiyai dlm cbook memperkemaskan diri & keadaan rumah utk menghadapi serangan....secara total nya rumah kiyai kini dilihat kosong i.e. x de perabot...semua dah di simpan...yg ada cume tikar getah & 2 keping carpet...

Dlm kami membuat persiapan....bilik dimana Jazz dikurung berdentum2....seolah2 badannya di henyak ke dinding bilik.....aku & abg2 Jazz belari utk memberi pertolongan.....namun dihentikkan oleh kiyai...."Biarkan dia....x de apa yg patut dirisaukan"....kami berpandangan sesama sendiri....x mengerti kenyataan kiyai...krn gan jelas dentuman2 yg kuat dtg dr bilik Jazz....kiyai skali lagi bersuara....."Kita kan ada Allah....jgn lah kita lalai dari Nya"....begitu x blues....kan dlm kitab Azzamul Azab ttg bergantung harap kpd Allah dlm segala urusan....aku seperti di tampar mendengar bicara kiyai ttg pertolongan Allah...aku trus mengarahkan abg2 Jazz duduk & biarkan saje bunyi tersebut....& x beberapa kemudiannya bunyi x totally ilang.....aku menghela nafas syukur.....

Masuk waktu Asar....kami berjemaah di rumah kiyai jerr....& sewaktu solat yg di imam kan oleh kiyai....aku terperanjat (sbb solat x jhusyuk)....aku nenguk Jazz dlm keadaan mengliang-liuk menghampiri tmpt kami bersolat...pelik...bilik terkunci rapat....& camne si Jazz ni terlepas...dlm aku memikirkan camne bleh lepas....tetiba kiyai menguatkan bacaan ayat lazim nya.....aku tersentak....trus aku kembalikan diri ku ke solat....Ya Allah aku terpedaya gan jin & syaitan utk mengheret ku x hadirkan diri dlm solat....imej Jazz juga seleas itu ghaib....kami byk menghabiskan membaca Quran dan berzikr sampai ke maghrib....

MAsuk waktu maghrib adlh waktu yg paling getir....bunyi dentuman itu kembali dtg & bukan itu saje....Jazz mengilai lak....keadaan sekitar rumah kiyai menjadi begitu sunyi skali w/pun ianya berada betul2 di tepi jalan utama Muar - Bt Pahat. Kami solat jemaah maghrib....selepas itu makan mlm yg tlh di sediakan oleh nenek Aminah sblum waktu maghrib tadi. Kiyai pulak x berganyak dr tikar sejadah sambil membaca Al-Quran....dlm kami sedang asyik mengadap mkn mlm...aku lihat kiyai dah x de kat tmpt nya....aku amati & aku membaca Al-Falaq krn mana lah tau aku tertipu gan sihir atau Jin....mmg kiyai x de di tmpt nya....sekoyong2 kemudian aku melihat kiyai di depan pintu bilik Jazz sambil seolah memimpin Jazz ke ruang tamu (tmpt kami makan)....JAzz mengikut saje....

Sesampai di ruang tgh ruan tamu....aku memnenguk JAzz baring atas tikar yg tlh disediakan oleh kiyai......kami trus cepat menghabiskan mkn mlm kami & trus mengadap kiyai yg seolah2 sedang tidurkan Jazz.....kiyai trus menaburkan garam kasar di keliling tikar Jazz bebaring....spontan itu...Jazz bersuara garau & parau....."hei beruk tua....apa yg kau cuba buat tu"...kiyai membiarkan saje & menghabiskan taburan garam kasar tadi.....selesai...kiyai duduk di penjuru sebelah kanan tikar...kiyai trus berkata..."sudahlah nak....cukup2 lah tu...perbutan kau ni adalah syirik....ianya menyesatkan....bertaubatlah...kembali ke jalan Islam...jgn sia2kan usia yg ada ni..." kami tergamam gan kata2 kiyai...namun sebenarnya mengikut pak nila...kiyai merantau melalui lipatan masa ke 1 rumah di kota keyel & sedang duduk berhadapan gan sorang pemuda (di cerita kan ke aku oleh pak nila selepas majlis berubat)...kiyai menyambung...."Atuk sanggup tunjukkan jalan yg benar cu...jika cucu sanggup mengikut atuk kuar dari sini..." kami terpinga2 dialog kiyai....Jazz kemudiannya duduk dari pembaringannya...mata nya liar memerhatikan keadaan....rambutnya kusut...Jazz cube berdiri tapi x mampu....& kemudiannya menghensut2 namun x lepas dari sempadan garam kasar yg di tabur oleh kiyai.....kiyai bersuara kembali...."sudah lah tu cu....bertaubatlah...mari ikut atuk..." ku melihat Jazz tajam memandang kiyai....semetelah itu...1 ludahan disemburkan ke kiyai....Subhanallah....ludahan tu terjelepuk jatuh di atas garam kasar tadi & setitik pun x mengenai kiyai...

Sejurus kemudian kiyai...menundukkan badannya....seakan2 mencari kekusyukkan....namun sebenarnya di 1 sudut dunia yg lain...kiyai berdoa kpd Allah utk membuka hati pemuda yg sedang meng anaiya Jazz....ketika itu jugak pemuda tadi (dikelilingi oleh sami2 budha) menghemburkan pelbagai bisa ke arah kiyai.....namun setitik pun x mengenai kiyai....serangan ke-2 muncul....pemuda tadi mengambil 1 patung yg dibentukkan seperti Jazz & menikam patung itu gan jarum ke arah jantung nya...Jazz yg ada depan kami kemudiannya menekup dadanya....mengaduh kesakitan.....abg2 dan bapa nya hendak menolong....ditegah oleh kiyai.....x cukup menikam pemuda itu kemudiannya menyalai patung itu di depan api yg ada disebelah nya....terjerit2 Jazz kepanasan di rumah kiyai.....kiyai masih lagi mengatakan..."Sudah lah tu cu....jgn dibuat benda2 syirik ni...." sejurus kemudian salah sorang sami yg ada di keliling pemuda itu menghunus pedang & lagak pendekar2 menyerbu kiyai utk dibunuh....kiyai membaca surah An-Nas....ditiupkan ke arah sami yg sedang berlari menyerbu ke arah nya.....beribu2 kilat yg ntah mana dtgnya menyambar sami tadi....sami itu terjerit kesakitan sejurus kemudian hangus terbakar....kiyai....masih mengatakan "sudah lah tu cu....bertaubat lah..." mendengar permintaan kiyai itu....sami yg ke-2 (last skali) trus mengadap kiyai....sami tu kemudiannya mengarahkan beribu2 makhluk yg berupa begitu hodoh lagak anjing lapar menerpa kiyai utk di ratahnya.....kiyai mengibas2kan serbannya...sambil membaca sepotong doa Al-Humazah....terbakar semua makhluk tadi....sami tu kemudiannya mengumpul awan2 gelap utk dijadikan kilat utk di arahkan ke kiyai.....pabila awan2 tadi siap....sami itu mengosok2kan tgn nya lalu di arahkan ke kiyai....beribu kilat dari awan2 gelap tadi menuju kiyai....kiyai berdoa Ahmanu Shariff....kilat2 tadi beralih arah menuju kearah sami tadi....apabila terkena kilat2 tadi...sami tadi terjerit & melolong akibat kesakitan yg teramat sgt....rentung sami tadi akibat kilatnya sendiri....

pemuda tadi masih memegang patung tadi & x mahu mengalah....kini dia memulas kapla patung tu pulak.....terjerit2 lah si Jazz sambil menekup tangannya ke leher dia....pemuda tu kemdian mengambil keris yg ada di sisi nya utk dia memotong kapla patung tadi....kiyai bersuara kembali...."Cu kenapa ni cu....kenapa jadi cam ni.....???...Pemuda tadi trus mengatakan...kenapa Jazz ni terlalu sombong kpd dia....Jazz slalu menyakitkan hati nya....Jazz x berhati perut.....Jazz suka menganiaya dia....kiyai menyampuk....nape beliau mengatakan sedemikian....Pemuda tadi mengatakan....beliau & Jazz dah lama bercinta....namun x pernah dpt merasakan btg tubuh Jazz & asyik2 mengatakan dah kahwin nnti baru lah dpt semua nya. Yg membuatkan beliau merasa malu & marah apabila Jazz terang2 menolak permintaan beliau utk duduk & tinggal serumah bersamanya....beristighfar pjg kiyai mendengar pengakuan pemuda tadi....kiyai menyambung....bukan kah salah dari segi syarak permintaannya...pemuda tadi menyampok.....aaaah....dia kan janda...& semestinya dia tau apa kenikmatan tersebut...kiyai....beristighfar skali lagi....sambil mengatakan....sudah lah tu....marilah kita berbincang utk cari jln penyelesaian...pemuda tu gan angkuh serta sombong....aaahhh pagi mampuslah kau beruk tua....amik ni....1 deburan api menyerengah kiyai.....kiyai bertahmid...api2 tadi menjadi air2 yg begitu sejuk & nyaman...pemuda tu trus meletakkan patung tadi utk disembelihnya....kali ini bg kiyai....enough is enough....lalu dia mengalunkan azan....bergegar terbelah permukaan bumi....pemuda tadi terbenam dlm rekahan bumi tadi & dlm rekahan tadi mengalir lahar2 api yg panas....pemuda tadi memohon maaf & minta dilepaskan....namun segalanya dah terlambat...krn ini diluar bidang kuasa kiyai....ianya secara mutlak adalah kua Allah.....

Jazz kembali sihat & tenang....3 thn selepas tu menemui jodoh gan sorang pengamal perubatan modern....manakala cete pemuda tadi....mayat beliau di temui dlm keadaa rentung selepas 2 minggu....Wallahulam

Cete ini di cete kan pengajaran & utk kita menginsafi kebesaran Allah dan kesucian Islam tu sendiri....kiyai sendiri penah mengatakan jgn lah diperbesar2kan kelebihan manusia krn ianya dtg dari Allah jugak....


Penampar Maut

ade sorg pemuda kat kg aku nie...die suke lepak sampai larut malam kat kampung sebelah..ade la org cakap kat die,,,

"eh, Man (bukan nama sebenar), ko tak takut ke balik malam2?"
pas tue si Man nie cakap la, nak takut ape..kalau aku jumpe hantu, aku lempang je la..."jawab si Man dengan bangga nye....
pas tu, malam yg seterusnye...dia pun nak balik ke rumah die...sampai di satu jalan dekat bukit (name bukitnye glemer r kat kg aku), die ternampak satu lembaga putih sedang melambai2 tangan die..gayenye seolah2 macam lembaga tue nak mintak tumpang la kot...

pas tu, pemuda tue pun ape lagi...die berhentikan motor die, pas tue terus dia bagi penampar free kat lembaga tue....n then, die pun terus start motor die cepat2 meninggalkan lembaga tue.....lepas tue, die tak taw dah ape jadi kat lembaga tue...
esoknye......gempar la....kisah Pak Mat (bukan nama sebenar) kena tampar malam tadi...menurut pak mat, die nampak sebuah motor lalu..die lambai la tangan sebab nak tahan motor tue.. (tapi aku tak pasti sebab sebenar die tahan motor tue..sama ade nak tumpang ke ape ke..aku tak pasti...)...

lepas tue, motor tue berhenti...tapi, belum pun pak mat cakap ape2 lagi, die terus kene tampar dgn penunggang motor tue dan penunggang motor tue terus blah macam tue je....kesian pak mat...die tak bersala pun kan...tetibe je kene penampar free.....
so.....lembaga apakah yg dijumpai oleh pemuda tersebut...........????????
dan...
siapakah yang menampar pak mat tanpa rasa bersalah tu.......???????? hahaha.



Peng'Usik' Rumah

Akhir tahun 2001, di semester akhir aku terpaksa berpindah kolej ke seremban 2.. ni sebab kolej aku blaja tu nak buat pengabungan 5 cawangan kolej yang akan menjadi 1 main kolej di seremban 2.. semester baru bermula pada disember 2001, selepas habis exam bulan September tu kami budak kolej berlumba2 mencari rumah sewa di sekitar seremban2.. maklumlah bulan oktober dah nak pose, November plak nak raya.. semua x de masa nak cari rumah sewa selepas raya nanti..

        Sepatutnya semua student dari cawangan aku duduk hostel, tp disebabkan hostel penuh dan pihak kolej target hostel utk2 student2 bagi kemasukan disember maka kami budak2 senior di suruh mencari rumah sewa berdekatan dengan kolej.. aku, wan dan man bepakat menyewa rumah teres di taman garden homes seremban 2 sebab ada bas dari perumahan ke kolej waktu tu.. lagipun waktu tu perumahan tu kosong dah x de orang macam skng ni, cari rumah sewa melalui tenet, selepas penat call sana sini akhirnya kitorang dapat rumah teres 3 bilik, 2 bilik air di end lot.. tepi jalan dan senang nak tunggu bas sebab bejalan 20 langkah dah sampai bus stop.. tapi kitorang pelik sebab rumah end lot yg besar sikit dari rumah teres di bahagian mid tu lebih murah, logiknye mana ada rumah end lot atau corner lot lagi murah kan.. kitorang dapat harga rm220, konon2nya rebet student, huhuhu..

        So selepas dah confirm ngan uncle cina tu, habis exam dan selepas dah kemas semua barang sebab nak balik kampung cuti semester sebulan setengah.. kitorang masukan bararng pada bulan September tu gak, tapi sewa berjalan mulai bulan November.. wah bertuah tul time tu, sume duk puji2 uncle tu.. pas sembahyang jumaat, kitorang tinggalkan kolej dan daerah yang aku duduk selama lebih 2 tahun berhijrah ke seremban2, kitorang menyewa sebuah van untuk angkut barang2 time tu.. caj ok la dalam rm50, jauh gak time tu adala dalam 60km campur ngan jalan pusing2 kat bukit tu..

        Lupa nak crite, kitorang x pernah pon tengok rumah tu lagi, sebab dah ajak uncle tu nak tengok2 rumah tu tp dia kate sume rumah sama saja.. waktu tu kitorang jumpa dia di 7-e sebelah terminal 1 tu, ntah skng ada lagi ke x de.. skng dah ada petronas rasanye.. lepas bayar 1+1 sewa + deposit letrik air kitorang pon dapat la kunci rumah tu, tanpa dapat nengok rumah tu pon, ye la time tu kitorang dah terdesak sangat sebab nak balik kolej cepat sebab esok nak exam lagi.. huhuhu..

        Balik cerita tadi, sampai kat perumahan garden homes tu, kitorang pon pening cari alamat rumah uncle tu.. selepas tanya kat jaga (time tu perumahan tu kosong lagi, so jaga pon ada) baru jumpa umah tu, wah betul2 tepi jalan la.. betuah betul kitorang masa tu.. tapi masa nak buka pagar rumah tu kitorang dah terkejut sebab banyak bekas colok2 cina kene bakar, duit kertas yg kene bakar, pastu kat sliding window tu di gantung kain merah.. pakcik van tu pon cakap umah apa korang sewa ni, ni macam bekas tokong diorang je.. aku ngan member2 pon senyap je x de nak cakap lebih2.. so kitorang pon angkat barang letakan kat dalam umah, lagi la tekejut tengok dalam bilik2 tu berselerak dengan kain merah kuning yg ada kesan di bakar.. sebab time tu dah petang, kitorang berpakat nanti lepas raya kita kemas sebab flight aku nak balik kg nun ni Malaysia timur dah nak dekat, aku tolak jam 7.30pm, time tu dah jam 4.00pm.. x pasal2 kang tertingal flight lak kang..

        Sebagai keselamatan, kitorang pasang lampu rumah 1, dan lampu di luar 1 dan semua pintu bilik kitorang buka dan sandarkan dengan batu bata yg bnyk kat halaman kitorang tu.. masa dah nak balik tu, tugas aku la tutup sliding window ngan grill tu, sebab time tu kunci 1 je dan akulah yg pegang sebab aku pemegang syer terbanyak, huhu.. secara automatiknya aku duduk kat main bedroom yg ada bilik air.. masa nak tutup grill tu aku prasan ada bayang2 kanak2 kecik menekap muka kat sliding window tu, aku terperanjat sampai tejaut kunci.. masa nak kutip tu aku perhatikan lagi sekali, x de apa2 lak.. lega hati aku, dalam tekejut dan risau aku pujuk hati aku yg aku nampak tu maybe bayang2 aku yg tengah tutup grill.. ye lah kan , sliding window tu besar 3 pintu, x de letak langsir lagi so otak aku positif mengatakan yg tu bayang2 aku x pn kawan2 aku.. time tu aku x nak kecoh2, kang x pasal2 kawan aku x jadi lak duk umah tu, lg pun x sahih lagi apa yg aku nampak tu..

        Sume dah masuk van, tingal aku je lagi sebab nak kunci pintu pagar luar rumah lak, skali lg aku nmpk ada bayang2 kat umah tu, kan terang sebab langsir x de dan lampu plak pasang.. aku dah rasa x sedap hati, bayang2 tu macam berlegar2 kat kotak2 kitorang letak tu, bayang2 budak2 kecik.. kotak2 tu x de apa2 pon kecuali buku2 dan barang kitorang yg berat dan malas nak bawak balik umah.. masuk ke dalam van je.. wan senyap je x becakap ape, aku x tau la knape ngan die.. si man lak sibuk borak ngan pakcik van tu, cerita lak pasal camner nak bersihkan dan samak umah tu.. sebab pakcik tu syak yg tu bekas tokong cina dan bukannya umah cina yg kitorang pikir mula2.. 

 Sempat jumpa jaga kejap, suh die tengokan umah tu, lepas tu ajak pakcik van makan kat restoren yaznie sebelum hantar kawan2 aku ke terminal 1 dan aku ke klia.. aduh panjang tul aku nak type, nanti aku sambung.. panjang ni jangan lak marah kat aku ek, sabar..lagi pun dah nak berbuke dah ni, kang malam aku sambung..
        ***
        Lepas beraya seminggu kat kg, kitorang pon berkumpul kat umah tudalam tengahari.. sorang kawan aku bawak motor, ye la kg dekat je kat sepang leh la bawak motor abah.. tapi elok gak si man ni ada motor, leh la suh die beli barang2 nak kemas umah.. huhuhu, x de pengalaman duk kek rumah sewa time tu, x sangka beli barang2 nak kemas rumah pon leh tahan gak.. penyapu, baldi, fabuloso dan macam2 lagi la, sib baik makro time tu ada nak harap kedai runcit yg ada hanya rufaqa je time tu.. tapi cam biasa la apa barang pon x de kecuali bahan makanan basah..
        Masa mengemas tu x de la apa2 yg pelik kitorang alami, ok macam biasa, happy2 pasang radio kuat2 sambil kemas umah, cuci 1 rumah pastu buang barang2 peninggalan yg ada.. suma aku buang x tinggal 1 pon, tapi masa nak kemas bilik air kat bilik aku, aku tekejut sebab nampak ada teddy bear besar kat atas flush tandas tu.. sebab masa kitorang masuk dulu x de le plak toy tu, toy beruang color coklat pakai baju kot dan ada love kat dadanya.. aku cakap ngan dak2 tu yg aku jumpa teddy tu, x pasal2 muka si wan berubah betul padahal tadi kemain siap nyanyi2 lagu xpdc time tu ngan ali, rock sampai jerit2.. aku nengok die aku plak yg gabra, sebab wan dan man pon dah jenguk bilik air tu sebelum ni (masa pindah dulu) x kan ada sapa2 lak yg masuk letakan kat bilik air bilik aku tu.. nak kata tuan rumah, grill depan belakang kitorang dah kunci ngan solid baru masa angkat barang tu.. aku pon x nak pikir panjang2 kang x pasal2 aku yg kecut perut sebab aku yg nak duduk bilik tu kang, bukan diorang.. so aku masukan dalam plastik sampah hitam yg besar pastu aku ikat dan letak kat dalam tong sampah kat depan rumah..

        X nak pikir lama2 pasal bab tu, kitorang pon kemas la sume temasuk la longkang blkng yg penuh ngan batang2 colok tu.. lebih 5 jam kemas baru la settle, baru la cam umah, bau fabuloso pon merebak2 baunya.. pasang langsir kat sliding window pastu tingkap lak letak kain pelikat yg di gunting 2 sebab time tu x de langsir tingkap lebih.. wan ni bagus daknye banding ngan aku ngan si wan ni, sempat die baca yasin selepas semayang maghrib tu.. aku ngan si wan lak sibuk lepak kat depan umah, maklumlah hari pertama, umah terang benderang.. lepak kat luar rumah sebab jiran2 x de, yg ada selang 10 buah rumah tu pon x sempat kenal time tu, family cina, sebab kitorang bz kemas umah.. siap baring2 kat luar ye la penat, orang pon x de.. area tu dah jadi jajahan kitorang dah, nak buat apa pon suka hati la..

        Tengah2 kitorang lepak2 kat luar si man jerit2 dari dalam bilik air, time tu bilik air yg kat ruang tamu bersepah ngan baju2 kotor, mop, dan baldi2 so dia gunakan bilik air bilik aku.. aku ngan si wan belari2 la knapa lak si man tu jerit2 lak, sampai2 aku tekedu nengok bilik air terkuci dari luar dan lampu biliknya di tutup.. mana x nya si man menjerit, orang sibuk ambik wuduq leh lak kene tutup pintu ngan lampu.. siap marah2 aku ngan wan kononnya saja nak kenakan dia, aku dah mmng gabra dah, wan jgn crita la harap badan je besar tp mmng penakut.. bekali2 cakap kat sii man baru di trima, tp tegamam la sket dia time tu.. tp dia cakap masa dia wuduq tu nampak ada tangan tarik pintu pastu kunci sebelum tutup lampu.. time tu dia tengah membongkok wuduq di bahagian kaki, dia dah suspek kitorang masa awal2 sebab terang2 dia cakap tangan tarik pintu.. aku la yg dituduh sebab tangan aku kan kurus banding si wan, padahal time tu kitorang tengah syok2 lepak kat luar umah..

        Pas bab tu kitorang dah mula rasa pelik, man gi semayang isyak aku ngan wan duk bersandar kat dinding ruang tamu dekat pintu, sambil borak2 pasal bende x kene kat umah ni.. aku sebut semua hal dari patung sampai la kes kat tandas tadi, aku saja x nak sebut pasal kes nampak budak tepek muka kat cermin nanti dah berat sangat, x pasal2 ada gak yg pengsan.. time sembahyang tu, si man leh terbehenti kate kipas mati sendirik la, kipas meja yg pusing2 tu mati sendiri macam kene offkan main suis plug kipas tu.. lagi lah tambah seriau time tu, mcmanalah kipas tu leh mati sendiri sedangkan x de sapa yg dekat dengan kipas tu, extnsion kipas tu dr dapur umah sebab kat depan dah penuh ngan pc dan radio kitorang..

        Sunyi skjap pastu, x de sape becakap, tiba2 man mncelah maybe extnsion ni x elok kot dah, barang kat makro bukan semuanya elok, aduh aku tau sangat la ayat sedapkan hati tu.. man gerak gi dapur nak tengok suis tu mmng off ke on, tp sah dah off, ada la yg offkan tu kalau pikir logik.. argh, aku time tu dah pikir macam2, man yg tadi duk positif pon dah semacam.. die cadangkan malam ni semua tidur kat ruang tamu, biasalah dia cakap raumah tingal/rumah baru macam ni lah..

        X de apa2 pastu sampai lah jam 11.30 mlm, pintu dapur di ketuk berkali2 mnybbkan semua kaku macam x bergerak n bersuara.. sampailah 5 minit, barulah si man sahut, assalamualaikum, sapa tu!!!.. sampai 3 x, tp x de sapa yg jawab.. aku dah risau smcam dah, duk pikir mcm time tu.. rasa happy masuk rumah baru dah x de, sampaikan mood raya aku pon dah hilang.. man pesan kat kitorang, kalau apa2 hal malam ni jangan lari, lagi membuatkan aku kecut perut rasa nak terkencing.. aku nengok si man dah lelap, aku ngan si wan lak x leh sebab asik duk pikir je, aduh x tau plak aku penakut tahap ni, padahal kat kolej dulu selamba je aku lepak sorang2 time dak2 lain balik kg.. maklumlah kg aku jauh, kalau cuti seminggu 2 tu aku x balik, duk je la sorang2 kat hostel, rasa takut dan tutup keberanian aku..

        Aku ngan wan x dapat tido borak2 sambil pasang radio sayup2 je, ye la x dapat nak buat apa lagi.. tido x leh, siap wan cakap aku x yah tido pon x pe, esok siang kite tido, aku iakan aje lah.. tengah layan isma halil time tu, dah jam 2pagi kot, tiba2 remote suis kipas yg pusing 0 ke 5 tu berpusing sendirik.. mata aku pandang je, tapi sambil baring kat tilam.. pusing2 kejap ke 2 kejap ke 5 kejap ke 0, sudah aku x tau nak buat apa dah.. tp kaki aku sibuk sepak2 si man yg sedap tido sampaikan dia celik la nengok sendiri kes tu.. yg aku x tahan tusi man gi jerit HOI!, aduh⦠baru la berenti, x pasal2 dia pon x leh nak tido.. berjaga la kitorang time tu sambil dengar radio sayup2, xempat si wan call family dia cerita, pastu bapak dia janji nak datang esok tengok2kan umah tu.. legalah hati kitorang time tu sebab harap2 ni adalah terakhir sebelum esok abah si wan datang mengubat umah ni..

        Jam 3.30, tiba2 dengar lak bunyi tapak kaki kat dari dalam bilik aku di main room, rumah tu main roomnye kat depan tengah2, tempat dinding kitorang bersandar tu la main room.. dengar bunyi tapak kaki macam orang tengah berlari2, man yg tengah baring terus menyandar kat dinding, aku lak terus kaku x tau nak buat apa.. dah serah takdir je time tu kalau dah dia nak nampakan diri pon aku redha je dah..huhuhu.. bunyi tapak kaki tambah kuat seperti ramai lak yg belari2 kat bilik tu, wan kuatkan radio time tu si isma halil tengah pasang lagu jaket biru, die x nak dengar bunyi tu.. tp x pasal2 lak bunyi tapak kakit tu lebih kuat dan betambah dekat dengan kitorang, rasa2nya dah dekat ngan pintu, dah la pintu tu x bertutup, mmng saja x nak tutup dan lampu terang benderang di semua bilik..

        Wan x puas hati, dia kuatkan lagi lagu tu sket.. aku dah siap bekelubung ngan selimut sambil baring, baru je si wan kuatkan bunyi radio dengan suara budak2 gelak, bukan sorang tapi ramai.. man yg tekejut terus bediri dan azan, wan aku x tau dah buat apa, tapi aku dah tutup muka aku ngan selimut time tu, dah x tau apa berlaku.. masa si man azan tu aku leh dengar suara kanak2 tu tambah dekat seolah2 berada di sebelah aku, maybe aku berkelubung tu jadi bunyi jauh jadi idekat.. tp entah la, man azan sampai lebih 15x, sampai la bunyi gelak dan tapak kaki tu x de⦠sedar2 dah jam 5.30, x tau la brapa lama masa tu.. abis si man bang, aku pon pelan2 buko selimat sebab ingatkan benda tu dah x de.. aku rasa macam jantung nak jatuh nengok2 bayang2 budak2 umur dalam 6-7 tahun melayang2 kat atas kepala man.. sambil memegang mancis api kayu yg menyala, aku mmng kaki kali ni sebab x tau nak buat apa2 dah.. aku dah jadi batu x tau apa tejadi dah time tu, aku rasa macam terpaku lama sebelum man sambung bang sekali lagi.. aku sempat nampak si wan dah mata terbeliak mmndang ke atas x begerak, sama mcm yg aku alami tadi..

        Aku pun tiba2 rasa mata dah gelap semacam, aku hanya dengar man laungkan azan berkali2, aku semacam lemas.. berkali2 aku gamit si man dan wan tp diorang buat x reti, maybe prasaan aku.. aku cuba lawan dengan membaca ayat kursi tp x mau gak.. aku x tau apa jadi kat aku time tu, yg aku tau aku lemas dan duniaku gelap, aku tarik napas panjang2 dan aku paksa mata aku celik dan sebut Allahuakbar banyak kali sampai la aku sedar, dah time tu aku nengok si wan dah keras sejuk tp meronta2 dengan mata tejegil si man plak bediri x de buat apa2 dah.. azan pon dah x kuar dari mulutnya, aku sentap diorang berdua sampailah diorang tekejut dah si wan sempat menjerit kata lehernya dicekik.. sambil dia tebatuk2.. man lak cam aku gak rasa lemas, tarik napas panjang2 pastu.. maybe wan rasa macam tercekik sebab diakan ada asma, jadi lemas tu mnybbkan dia tecekik⦠man x dapat tahan marah terus menjerit cabar bende tu, aku lak ganti azan kali ni.. abis azan aku nengok kat luar dah ada cahaya matahari, aku ajak diorang kluar sebab time tu dah 6.30am.. aku x tau apa jadi 30 minit kitorang lemas.. ni barulah permulaan.. nanti aku sambung balik cerita ni ye.. kes jadi teruk selepas ayah si man bawak pawang ubat umahh niâ¦
        ****
        Kitorang duk kat luar tu sampailah hari cerah, aku rasa dah jam 8am time tu, x de sorang pon brani masuk ke dalam umah.. mulut sorang2 terkunci sbb masih tekejut, x tau apa nak di cakapkn dah.. sesekali dengar si wan batuk2, pastu kata kat pergelangan lehernya sakit macam dicekik, tapi mmng lehernya merah dan berbirat, aku ngan man x de lak kesan cam dia tu.. aku rasa kitorang semua macam tekejut lagi ngan kes semalam tu, sebab inilah kali pertama aku ngan wan alami, tp si man dah biasa duduk mrsm jadi dah biasa kes macam ni.. tp kali ni lagi teruk sebab ia seperti menyerang secara fizikal secara tidak langsung walaupun x de dari kami yang cedera kecuali si wan yg batuk2 mendakwa di cekik..

        Porut lak dah lapar, nak kuar gi beli makan kat restoran tapi wallet ngan kunci motor kat dalam umah, man yang paling berani pon x berani dah nak masuk.. aku pujuk man supaya masuk sama2, sebab dah lapar sangat ni sejak malam tadi x makan, hanya sempat makan dunky donut yg ada jual kat luar makro tu.. tapi baru je nak melangkah masuk, tiba2 radio berbunyi kuat rasa bergegar rumah sebab bergema, aku berundur lari kebelakang sebab ku ingat man pon berlari tp x sangka lak man cam orang gila gi jerit2 ngamuk kat dalam umah tu.. aku ngan wan x tau nak buat apa, si man dah memaki hamun bende tu kat dalam umah, aku risau je kang di lak kene sampuk ke hapa.. wan x nak masuk, aku belari ke dalam gak gagahkan diri risau jadi apa2 kat si man, tp alhamdullilah x de apa sambil dia bercekak2 pingang kat dalam umah tu, aku offkan radio, x de apa2 yg berlaku.. buka pintu rumah besar, pintu depan, belakng, tingkap, pintu bilik sume kitorang buka luas..

        Masa nak beli makan pon problem, sebab motor ada 1 je, so hanya ber2 je leh pegi, x kan sorang nak tunggu kat umah tu, hai x sanggup aku.. last2 man je yg kuar beli nasi lemak, aku ngan wan duduk kat tepi jalan rumah berdepan ngan umah sewa.. sambil2 tu aku borak la ngan wan, apa jadi malam tadi yg dia terjegil mata tu.. dia cerita dia nampak bayang budak2 melayang2 kat atas kepala man sambil bakar rambut man dengan mancis.. tapi bayang2 tu x puas hati sebab x dapat bakar rambut man, bayang2 tu ketuk kepala man berganti2 yang sedang laungkn azan, ketuk ngan pemetik api sampailah man teduduk..

        Pastu wan nampak kepala si man pecah dan darah menyembur2, tu yg matanye tejegil x leh dan badannye mengigil ketakutan.. pastu baru bende tu serang aku, wan nampak bende tu bakar mata aku dengan api, sebelum salah satunya mencekik si wan.. tu la yg si wan ceritakan kat aku dan buat aku terkedu.. tapi alhamdulillah mungkin itu perasaan si wan saje, sebab x de apa2 kecederaan fizikal pada aku ngan si man mcm yg wan cakap.. tp ada logiknya kalau difikirkan balik apa yg wan saksikan, sebab tiba2 aku rasa dunia gelap gelita, sebelum aku berjaya melawan meronta berkali2, tapi aku rasa lebih ½ jam aku bergelut, aku pon x tau apa jadi dalam ½ jam yang hilang tu (aku rasa lemas)..

        Pagi tu kitorang makan nasi lemak kat luar rumah je, walaupun rumah dah terbuka luas, tp hati kitorang kuat kata x nak masuk, mungkin trauma.. tunggu family man datang dr sepang lama sangat, yelah nak bawak pawang hebat dr banting kononnya.. jam 11.30am barulah family si wan datang sampai 3 kereta, sume adik bradik dia datang nak tengok sendiri agaknye.. turun2 je dari keta pawang tu dah geleng2 kepala, umah apa korang duduk ni.. sambil2 tu salam ngan kitorang, kata namanya tok sheikh, salam2 je kata semangat kitorang dah kene tarik.. kene seru balik, aku sampai skng x paham apa maksud tok sheikh tu.. kitorang kene suh masuk dalam van, hanya tok sheikh ngan ayah si man je yg masuk ke dalam.. belum masuk baru kat pintu grill, radio yg plugnya aku dah cabut tiba2 terpasang kuat menyebabkan adik bradik si man bertempiaran lari masuk ke kereta.. dah la lagu India , maybe time thr raga kot, ntah la aku pon x tau.. dng radio kuat bunyi pon dah lari, byngkn klau tau yg radio tu plugnya x bersambung..mmmm..

        Lama gak tok sheikh kat dalam umah tu, ayah si man hanya nengok dari luar sebab dia pon aku rasa dah gegar lepas cuba offkan radio tp plug x sambung.. dalam van sume tekunci mulut, anak2 buah si man yg kecik2 sume ketakutan, apelah kes2 camni bawak anak2 kecik lak, x pasal dak2 tu skali trauma.. x lama pastu aku nengok tok sheikh kuar sambil menjinjing anak patung beruang yg coklat besar tu, mau je mata aku tejojol kuar nengoknye.. mana x nye, kitorang bertiga sendiri yg buangnya semalam siap masukan dalam plastik sampah hitam pastu ikat.. masukan dalam tong sampah kat depan umah, man dan wan aku tengah tido2 ayam aku cuit suh nengok apa yg tok sheikh jinjing tu.. wan hanya mengucap je cam x caya, man lak terus meluru gi tong sampah nengok ada x anak patung tu kat dalam tong sampah.. dia jerit2 panggil aku, ada la kat dalam ni, tu yg lain.. aku belari nengok, ye tul ada, jadi aku ambik dan buka la plastik tu, tp aku tekejut sebab berat, aku check kat dalam tu bukannya anak patung yg ada tapi tu hanya batu-bata yg aku gunakan untuk menyanggah pintu2 bilik supaya x tertutup dengan baju2 kotor kitorang yg letak dalam bilik air.. aku x leh nak cakap apa dah.. camner leh dalam tu lak..

        Tok sheikh datang2 kat kitorang marah2 sebab x buang bende ni, aku dah x tau nak cakap apa2 dah, semua man yg jawab.. waktu tu gak tok sheikh tu pagar rumah kitorang, tabur garam kasar dan air penawar ke hape ntah.. sambil2 tu family man beli makanan kat restoran dan buat kenduri kat umah tu, buat kenduri kesyukuran masuk rumah baru.. tiba2 rasa lapang umah tu, x de la gangguan mcm malam semalam.. kitorng berharap semua dah settle, sebab esok isnin, adik bradik si man semua balik kecuali ayah ngan maknye yang dah pencen.. yelah diorang nak pastikan betul2 selamat, pastu diorang pon risau dengan keselamtan anak diorang.. hari ahad ke isnin tu x de apa2 berlaku, aku yg mula ragu2 skng dah mula rasa selamat.. sampailah hari khamis siang ayah ngan mak si man duduk kat umah tu, langsung x de perkara pelik berlaku lagi.. so khamis petang tu mak ayah si man nak balik, tp sebab pikirkan dah jam 6 pm time tu, hujan lebat lak tu, ayah si man x confident nak drive keta balik sepang walaupun dekat je.. dah berusia, mata pon x terang..

        Khamis malam jumaat tu la bende tu datang balik, disaksikan sendiri oleh mak bapak si man sendirik.

 Malam jumaat tu kitorang sembahyang maghrib secara berjemaah, slepas tu baca yasin ramai2 macam hari2 sebelumnya, supaya bende tu x datng ke rumah tu dan kacau kitorang lagi.. tngh baca yasin ramai2, tiba2 pintu dapur di ketuk berkali2 menyebabkan kitorang suma terhenti mmbaca yasin, air di dalam bilik air plak mencurh2 kluar, tengah aku sibuk pandang pintu dapur yg diketuk, aku ternampak tombol air di sinki di pusing dan menyebabkan air di sinki mencurah2.. kitorang bangun beramai2 sebab ayah man suh rapat2, then kitorang tutup air di sinki dan kedua2 bilik air yg mencurah.. tp x berhasil bila air kuar balik pas kitorang tutup, nak x nak kitorang tutup suis utama di luar rumah.. tu je lah cara, ayah man call tok sheikh yg bende tu datang balik, ntah apa yg dibisngkan tk sheikh, kononnya kitorang langgar pantang.. masa mengubat aritu x de lak dia cakap pasal pantang2 ni, ni baru lah nak crita pasal pantang2.. kononnya kitorang langar pantang sidai pakaian dalam rumah, dia x de pesan apa2 pon sblm ni, ye la mcm spenda ngan stoking x kan la nak jemur kat luar lak..

        Dah puas bende tu main air, dia kacau letrik lak, dari kipas siling, kipas meja, radio sampailah ke lampu yg membuatkan aku tambah kecut.. sebab lampu terpadam kitorang pakat2 duduk kat bawah suis utama, kemudian pasangkan balik lampu.. kitorang duduk kat bawah suis tu, x de lak dia men suis dah pastu.. aku teringat lauk yg dah beli utk makan malam kat dalam pinggan kat dapur, hanya tunggu nasi masak je.. time cam ni nak makan pon dah x de slera, terbantut memikirkan benda hal macam ni.. pastu si man ngan ayahnye gi dapur ambik lauk2 tu nak ajak makan, katanya kalau badan lemah x makan lagi benda tu senang kacau kita sebab kita x de tenaga..

        Aku hilang slera nak makan, so aku minum aje, air limau je aku buat tadi sebab lom beli kodial lagi, lg pon buat air limau senang, limau, gula dan ais batu je, dah siap air limau sejug.. tapi aku pelik masa tuang ke gelas, aku prasan air tu jadi kuning, eh bila lak jadi color kuning, setau aku putih je tadi.. aku buka penutup jug tu, ya Allah bau hancing, dah kene kencing.. nasib baik aku prasan, kalau x mmng dah minum air kencing la gamaknye aku masa tu.. masa mak si man nak senduk nasik , dalam periuk nasi seketul najis macam najis manusia ada di dalam rice cooker.. waktu di buka rice cooker tu, nasi masih panas sebab baru masak, bayangkan lah bau najis tu semerbak ngalahkan bau nasi tu.. aku sampai kuar rumah termuntah2..manalah datangnye semua tu..

        Sebab x tahan bau, semua makanan tu kitorang letak kat luar rumah, mmng sah semua makanan ada najis, ntah najis apa kitorang pon x tau.. tp rasanya najis manusia, duduk kat luar rumah kitorang bincang2.. esok nak cari orang pandai ngubat kat area mambau, lepas sembahyang jumaat tu cadang nak cari.. sebab tok sheikh tu x leh caya, sebab benda tu datang balik, konon2 pantang la ape lah, dah la byr rm200 untuk mengubat tu.. sibuk2 berbincang tu, dalam jam 11mlm, dengar kat ruang tamu rumah suara kanak2 gelak2 sambil dengar hentakan tapak kaki berlari2 seperti yg kitorang alami haritu.. yg nampak hanya bayangan hitam 3 orang kanak2 sambil membawa api, tapi yg herannya kali ni aku, man dan wan x nmpk, yg nampak hanya ayah ngan mak man je.. kitorang hanya dengar suara gelak budak2 je.. tiba2 mak si man menjerit, telekung tebakar, cepat2 kitorang masuk rumah takut x pasal2 umah plak yg terbakar..

        Mmng tekejut tiba2 telekung terbakar, kitorang rapat2 gak sambil duduk kat bawah suis utama tu, heran camner telekung tu leh tebakar.. mak ngan ayah man kate diorang sendiri nampak bende tu yg bakar, tp pelik kali ni kitorang x nampak, yg nmpk hanya telekung yg berlipat tiba2 tebakar.. bunyi gelak2 tu sayup2 je pas kitorang masuk rumah tu, tp tiba2 ada baut tengik macam sesuatu hangus.. yaAllah, ayah si man menjerit nengok sejadah terbakar, time tu aku x nak pergi dapur ambik air, sebab pili air kat luar dah tutup mana aa air, aku guna air mineral dlm botol kat depan aku utk makan tadi, sambil2 aku hempas2 sejadah tu.. mmng x leh jadi kali ni, dah sampai bakar2 barang pula.. tapi kali ni aku x la setakut haritu, maybe sebab ramai, pastu ada orang tua lak tu, rasa mcm selamat sedikit walaupun ancamannye lebih bahaya.. pas sejadah, langsir pula jadi mangsa, habis tebakar langsir, kali ni si man ambik air sabun dalam baldi di bilik air, terus simbah sebab api tu jilat langsir tu cepat.. padahal kitorang dekat ngan langsir tu, sebab duduk kat depan pintu di bawah suis utama, tengok2 dah terbakar besar..

        Tak abis itu je, kotak2 pon abis tebakar sume, x tau lah nak buat apa lagi, last2 kitorang angkat sume barang bawak ke luar rumah, apa yg leh tebakar je semua kitorang angkut gi kuar rumah, letak kat luar pintu.. duk sibuk angkat kotak2 tu, tiba rasa asap bnyk dr dalam bilik aku, aduh!..rupanya kain pelikat yg aku buat jadi langsir tingkap dah terbakar separuh, kelam kabut aku tarik sampai tekoyak2 hujung kain tu, sebab air dah x de pili luar dah tutup, masa aku sentap aku rasa paku2 tu tepelanting dek aku sentap sekuat hati.. time tu gak si man call uncle tuan rumah, cakap rumah tu ada masalah.. itu rumah baru mana ada masalah, uncle tu cakap la, ni bukan masalah rumah la uncle ni mslh rumah tu berhantu.. uncle tu gelak je dan jawab kalau u nak kuar, deposit umah 2 bulan dan air letrik dia x nak bagi balik.. tu je la yg si man cakap ngan aku.. nak x nak aku cakap ngan diorang kita kene pulihkan umah ni, mana ade duit deposit nak cari rumah len dah.. rumah lain dia mintak 2+1, pastu deposit air/letrik rm200, sewa sebulan rm270..

        Sebab dah pagi, kesian kat mak si man yg dah cam nak demam, last choice kitorang tido dalam kereta.. tp biarkan pintu umah tu terbuka je.. tingkap pintu keta saja buka sikit, ye lah kang mati kepanasan lak. sampailah pagi subuh x de apa2 berlaku sampailah ayah si man pasang kaset ngaji kat dalam keta, so apa berlaku kat dalam umah x dengar.. mmng aku x leh lelap langsung, dah la esok tu ada kuliah, nak x nak aku pikir terpaksa la ponteng.. aku ngan si wan mmng x leh tido, x tau knape, si man dan family dia sume nyenyak tido.. dalam jam 5pagi tu, tiba2 atas keta macam dipijak2, semua terjaga sebab seperti orang meloncat2 sambil berlari2 atas kereta.. aku tunduk time tu, tiba2 aku dengar mak si man menjerit, aku pon terpandang kat cermin depan selipar aku ngan kasut si wan berjalan sendirik tapi macam di engsotkan.. si man kluar dari keta, pastu try ambik kasut ngan selipr tu dan baling ke pintu grill.. waktu tu aku leh dengar macam ada benda terhempas kat grill tu, aku x tau apa benda sebab x nampak.. tapi aku rasa mesti budak2 yg kitorang nmpk sebelum ni..

        Waktu tu juga ayah si man bang, dan aku baca ayat kursi kuat2, sampailah jam 6.30 hari dah nak siang.. kesian aku nengok mak si man, dah la dia ada darah tinggi dan sakit jantung, sempat la aku nengok dia macam meracau kejap sebelum suami ngan anak dia tenangkan.. jam 8.00pagi tu abah si man suh kitorang angkat2 suma barang masukan dalam keta.. habis suma betabur kat bonet keta, kecuali penyabu, baldi dan benda2 besar tu x bawak, keta manalah nak muat.. sebab x puas hati kat tuan umah, aku soledkan aje rumah tu dapur dan depan, pastu lampu dan kipas aku biar on je.. biar dia byr letrik mahal bulan nih, pastu nak masuk umah kene botong dulu soled tu, dah dia main2 kan kitorang, pastu nak pulangkan duit deposit sikit pon x de.. jumaat tu kitorang x gi kelas, pastu numpang kat umah sedara si man di bukit chedang untuk sementara waktu, susah gak la, walaupun dekat dari kolej tapi x de bas, man terpaksa ulang alik angkut kitorang 2 kali awal minggu.. sebelum menyewa kat central park dengan 2 orang lg budak kelas kitorang..

        March 2002, keluar di metro pasal rumah terbakar sendiri di seremban 2.. aku dah tau kat mana tempat tu, sebab aku dah alaminya, dah sah2 kat umah yg aku pernah sewa tu dulu.. sapa ada berita pasal tu, tolong la tepek kat sini, dulu aku ada simpan keratan berita tu, tp dah nak 7 tahun berlalu, ntah mana aku letaknye.. so kepada korang sume, kalau nak sewa rumah kene pastikan rumah tu dulu, jgn main tarah je.. skali dapat umah bekas tokong x pon kuil, x ke naya.. tapi sampai skng aku x tau lagi knape ada bayangan 3 orang budak yg bawa mancis bakar2 barang kat umah tue.




Jumpa Jiran Yang Telah Tiada

Sudah jadi kemestian buat Tina untuk pulang ke kampung sebulan sekali. Tapi sebenarnya kalau diikutkan hati mahu saja dia pulang menjenguk orang tua di setiap minggu. Namun apakan daya, perjalanan pulang yang mengambil masa lebih empat jam dan juga keadaan kerja yang tidak menentu jadualnya menghalang Tina berbuat demikian. Tina sebenarnya tidak sedap hati meninggalkan kedua ibu bapanya yang sudah tua sendirian, di kampung yang terletak di negeri pantai timur. Kerana itulah sekerap mungkin dia mahu pulang menjenguk mereka. Apatah lagi Tina sendiri cukup manja dengan keduanya.

Perjalanan pulang pada cuti hujung minggu kali ini memang menyeronokkan buat Tina terutama bila mengingatkan dia diberi cuti hingga hari Isnin, jadi dapatlah meluangkan lebih masa untuk ayah dan ibunya. Sambil menyanyi mengikut rentak lagu yang diputarkan di stesen radio kegemarannya, sesekali Tina mencuci mata melihat rumah-rumah kampung di kiri kanan jalan. Terasa tidak sabar pula untuk sampai ke kampung.

Tapi apapun Tina ingat akan pesanan ayahnya yang berkali-kali memintanya jangan sesekali memandu laju. Ayahnya cukup risau apabila Tina memberitahu bahawa dia akan pulang selepas tamat waktu kerja. Bimbang apa-apa akan terjadi dalam perjalanan yang sudah pastinya di tengah kegelapan malam.

Jam sudah menunjukkan pukul hampir pukul sembilan malam. Dia sudahpun melepasi lebuh raya dan kini memasuki jalan biasa. Walaupun pulang berseorangan dan suasana gelap namun dia tidaklah kalut kerana sudah biasa dengan jalan tersebut. Perjalanan ke kampungnya masih ada beberapa jam lagi, Tina tidak berhasrat singgah di mana-mana kerana mahu tiba seawal mungkin. Lebih-lebih lagi ibunya sudah tiga kali menghubungi telefon bimbitnya kerana risau. Bagaimanapun sesudah hampir empat jam memandu dan ketika melewati pekan berhampiran kampungnya, Tina tidak dapat mengelak untuk memberhentikan kereta. Rasa tidak tahan untuk ke tandas menyebabkan Tina berhenti di sebuah masjid di pekan kecil tidak berapa jauh dari kampungnya.

Masjid baru agaknya nih, tapi bulan lepas masa aku balik tak de pulak masjid ni. Ahh belasah lah, dah tak tahan ni, bisik hati kecil Tina.

Masjid itu seperti baru dibina. Cat putihnya masih menyerlah tanpa sebarang cacat cela. Masjid itu sederhana besar dan nampak cukup cantik diterangi cahaya bulan. Waktu Tina singgah ke masjid itu, jam tangannya menunjukkan hampir pukul 12.00 tengah malam tapi agak menghairankan Tina. Keadaan masjid terang benderang dan masih ramai lagi orang di dalamnya. Tina terus menuju ke bilik air yang terletak di luar masjid. Tak sampai lima langkah keluar dari bilik air itu, Tina terdengar suara memanggil namanya. Dia berpaling. Terkejut Tina melihat Mak Jah bersama cucu lelakinya yang bersekolah darjah satu, berdiri di belakangnya.

Tina, kau dari mana malam-malam buta ni? Tanya Mak Jah.

Baru sampai dari K.L. Mak Jah nak ke mana ni? Kalau nak balik mari saya hantarkan, pelawa Tina.

Tak mengapalah, Mak Jah jalan kaki saja, balas wanita yang berumur separuh abad ini.

Kalau gitu saya balik dululah, Mak Jah. Mak tengah tunggu kat rumah tu, risau pulak dia kalau lambat sampai nanti, kata Tina sambil melangkah ke kereta.

Timbul pula rasa pelik di hati Tina bila melihat Mak Jah dan cucunya yang berpakaian serba putih daripada tudung hinggalah ke kain. Tapi perasaan tersebut dibiarkan saja kerana fikirannya lebih banyak teringatkan rumah. Tidak sampai setengah jam dia sudah tiba di perkarangan rumahnya. Terasa lega hati, kerana perjalanan yang jauh berakhir jua. Seperti yang dijangka, ibu dan ayah menunggu kepulangannya.

Cepatlah masuk, dah pukul berapa ni! Kata ayah Tina sambil membantunya mengangkat beg dan juga buah tangan yang dibawa.

Lewat sikit singgah kat pekan sekejap tadi sebab nak ke tandas, jawabnya ringkas. Ayahnya cuma mengangguk. Masuk ke rumah Tina terus saja melabuhkan punggung ke kerusi rotan yang ada di ruang tamu.

Kot ye pun penat pergilah mandi dulu, bersihkan badan lepas tu barulah berehat, kata ibunya sambil menggeleng kepala melihat Tina tidak menyempat-nyempat untuk duduk berehat.

Kau singgah di mana tadi? tanya ayah Tina sambil turut sama duduk bila melihat anaknya berada di ruang tamu.

Ala dekat masjid baru kat pekan tu. Besar jugak masjidnya ye. Bila masjid tu siap abah, tak perasan pulak Tina, terangnya.

Masjid mana pulak ni, setahu abah tak ada masjid baru pun kat pekan tu. Yang ada cuma masjid lama dekat rumah kita ni aje. Kau singgah tempat lain kau kata dekat pekan, tu lah balik lagi malam-malam buta. Mana tempat berhenti pun dah tak perasan, bebel ayahnya.

Betul bah, saya berhenti masjid baru dekat pekan. Saya ingat lagi, siap jumpa Mak Jah dengan cucunya sekali kat situ, balas Tina.

Mak Jah dengan cucu dia? Ulang ayah Tina. Mak Jah dan cucunya dah hampir seminggu meninggal. Kemalangan dekat pekan waktu balik dari masjid, kata ayahnya dengan suara perlahan.

Tina terkejut. Peristiwa bertemu Mak Jah dan cucunya kembali bermain di fikirannya. Tina yakin orang yang ditemui di masjid memang Mak Jah dan cucunya dan masjid yang disinggahinya memang di pekan berhampiran kampungnya. Tapi bila mendengar cerita ayahnya, dia jadi bingung.

Habis siapa yang Tina jumpa tadi? Tanya Tina dengan wajah terkejut. Ayah dan ibu Tina hanya mendiamkan diri. Tak tahu apa jawapan yang harus diberi.


Apakah Atau Siapakah Dia??

Cerita ni terjadi masa aku umur 10 tahun dan aku akan ingat sampai bila-bila. Masa tu aku duduk di kuaters hospital kerajaan. (bapak aku attendant hospital).

 Kejadian berlaku malam 2 syawal. Tak balik raya kampung pasal abah kena kerja.
Kebiasaan kami budak-budak tak main siang-siang masa bulan puasa pasal penat puasa. Malam baru main (lagipun kan setan dengan hantu kena ikat bulan puasa).

Kami main polis sentri. Masa tu aku dengan kawan aku Nizam jadi pencuri. Ntah macam mana malam tu kami menyorok belakang rumah dia (mak nizam ni staff nurse so kuaters dia besar sikit) Kami menyorok kat tepi pokok bunga raya. (Dulu-dulu kuaters hospital banyak tanam pokok ni buat pagar.

Punya la seronok pasal kami tak pernah nyorok kat situ so memang yakin sangat si 'polis' tak dapat cari. Dari kawasan depan kuarters terdengar suara member-member 'pencuri' yang dah kena tangkap menyanyi ramai-ramai "diam-diam tikus kucing mencari"(sapa-sapa pernah main mungkin dia tahu lagu nih...).

Dalam dok seronok tu aku terpandang seperti kain lampin budak tersidai di ampaian belakang rumah nizam ni. Aku pun cakap kat nizam "Eh..mak kau lupa ambik kain lampin adik kau". Nizam cuma angguk dan cakap nanti dia bagi tau mak dia.

Sejurus kemudian aku nampak kain tu seolah-olah macam terbang kearah kami. Aku pun cuit bahu nizam sambil cakap" Nizam...kau nampak tak tu...???" Nizam menoleh dan dia pun cakap "Aku nampak...." Kami berdua macam tergamam. Lepas tu aku aku tengok benda tu makin dekat dan lebih menyeramkan aku tengah-tengah kain tu seolah-olah berlubang hitam je" Aku cakap kat member aku"Zam....kau nampak tak????" Nizam cuma ngangguk je kali ni..Akhirnya aku tengok nizam-dia tengok aku....zoooommmmm!!!!kami dua-dua cabut lari ke kawasan depan kuarters.

Yang lawaknya member-member polis bersorak sambil nak tangkap kami sambil member-member pencuri bersorak suruh selamatkan diorang. Aku dengan nizam terus menjerit "HANTU .......LARI-LARIIIII!!!!!!. Lepas tu macam magic semua orang hilang lari balik rumah.

Aku sampai dirumah dalam keadaan berpeluh. Mak aku sindir bila nampak aku. "Awal balik nampak" Aku cuma senyum dan terus pegi mandi dan tidur.

Malam tu aku mimpi aku berlawan tarik tali dengan sesuatu bawah katil aku. Last-last aku tarik sekuat hati aku terkeluar satu kepala ketawa berdekah-dekah sambil merenung aku. Lepas tu aku terjaga dengan badan berpeluh-peluh.

Esok pagi bila ku bangun nak pegi mandi mak aku tegur yang belakang aku merah berbalar ada 5 garisan. Aku tak ada rasa apa-apa pelik pun masa tu. Tapi kesan tu tak hilang sampailah kepetang dan masih merah menyala bila mak tengok lagi sekali. Mak aku dah tak sedap hati bawak aku jumpa dengan adalah orang tua kat situ yang berilmu sikit. Nila nenek tu tengok belakang aku dia terus cakap"Ada benda nak usik kau pasal kau nakal sangat ni...." Aku diam tak terkata...Lepas tu dia potong limau purut dia baca ayat suci...sapu belakang aku kesan tu terus hilang.....itulah kejadian sebenar yang aku alami


Kisah Ngeri .

Kengkawan.. nie aku ada satu cerita ngeri aku nak share ngan korang.. kisah nie berlaku kat kawan aku kat Ipoh la..

Kawan aku nama dia Ahmad.. dia nie kerja kilang ikut shif.. dia nie shif petang so balik tengah malam la.Satu malam tu dia lalu la kat jalan nak ghi airport kat Ipoh nie.. then sampai kat satu masjid.. depan masjid nie ada tempat sampah.. ala tempat sampah busuk gile.. tapi malam tu tempat tu jadi wangi..then ada sorang pompuan pakai baju serba putih tahan dia. Kata nya nak tumpang sampai kat hujung kampung.
So yang kawan aku nie bagi la tumpang. So pompuan nie pun naik la.. dia punya wangi punya la semacam aje..Then kawan aku nie dah naik seram sejuk.. so sampai la kat satu jalan yang berbukit so dia nie press la minyak moto dia coz nak cepat dan dah rasa semacam bawak pompuan nie.. lepas aje kawasan bukit tu.. dia rasa ringan aje moto dia.. so dia paling la muka dia kat belakang.. tengok-tengok pompuan tu dah hilang..tapi masih wangi.. dia nie apa lagi terus pecut moto balik ghumah.. terus masuk selimut tidoq bawah katil.

So esok tu dia ghi keja lagi.. balik ikut jalan yang sama jugak. Sampai kat tempat semalam, pompuan semalam
ada lagi kat situ. Then dia nie dah naik bulu roma terus pecut moto.. tapi moto dia macam tak nak jalan bila betul-betul depan pompuan tu.. apa nak buat dah terstop kat situ.. pompuan tu celapak naik (tumpang la tu) moto si Ahmad nie.. so dalam keadaan seram sejuk Ahmad nie
terus aje.. bawak moto tanpa tengok belakang sambil baca ayat apa yang patut.. sampai tempat berbukit kelmarin.. pompuan yang tumpang tu tepuk bahu si Ahmad nie so si Ahmad nie tak nak paling belakang jugak.. pompuan nie tepuk lagi bahu dia.. so bila dah dua tiga
lagi tepuk dia pun paling la.. si pompuan tu masih kat belakang moto dia.. then pompuan tu cakap kat Ahmad cam nie "Abang, jangan bawak laju sangat, semalam adik jatuh tergolek kat sini".



Balas Dendam oleh Semangat Yang Tidak Terbela Nasibnya

kali nie aku nak cerita tengtang asrama sekolah...cerita nie aku dengar dr kawan aku masa aku dok kat teknik kulim..betul atau tak aku tak pasti..sebb sekolah teknik lain pon ada cerita yang sama...cuma versi lain2...

aku masuk asrama masa aku tingkatan lima...dan aku ditempat kan di blok osman..dekat asrama tu ada 4 blok lelaki dan 2 blok perempuan...yang pertam tu blok omar.blok aku nie blakang blok omar la....mcm biasa la hari pertama do asrama ku pon merayau la tengok kawasan...dan sampai di blok omar aku jd pelik kenapa bilik 2 dlm blok tu dikunci dan tak berpenghuni...jd aku tanya la kawn aku dia ckp bilik tu berhantu..aku gelak ja la..dan dia pon cerita...

kisah nya terjadi bila pelajar tingkatan empat mula masuk...pelajar tingkatn 4 nie kira junior la...kira senior2 dlm asrama nie kira dok wat otai la..masa tu bilik no 2 tu didiami oleh senior..dan diorg nie pon p la kutip budk junior nie nak wat hiburan...diorg reging la sebab budak baru...diaorg pangil sorang2 datang bilik tu...mangsa pertama dah lebam2..diorg pukul.diorg pangil mangsa kedua...mangsa kedua nie ada silat..dia blajar dr datuk dia.jd bila diorg blesah budk nie dia melawan la...lawan punya lawn dia rasa diri dia dah tak lepas...mana nak lepas sorang lawan 20...gajah pon mapoih kalau mcm tu...

lepas tu diorg start sepak terajang budak tu...budak tu lari naik atas katil dua tingkat dan dia dan ckp kalau aku mati malm nie aku janji hampa semua takan tenteram...kira habis ja dia ckp zapppppp kipas dah hingap kat kepala dia ...habis darah dlm bilik  sudut kena....kepala budak tu tergolek keuar bilik ...

start dr hari tu setiap yang duduk bilik semau kena kacau.20 org yang  pukul dia mlm tu kena buang sekolah...dan ada yang cerita sorang2 jd tak waras....setiap mlm diorg dengar suara budak tu marahh....yang jelas skali suara dia meyumpah setaip yang ada dlm bilik tu...dan kelibat budak tu tanpa kepala selalu ada dlm bilik tu..

bila keadaan makin gawat ustad pon kunci bilik tu dan pindahkan budak2 yang lain...kawan aku cerita roh budak tu mcm dedam...sapa saja masuk mesti kena ...termasuk cikgu2 sekolah tu.....warden aku pon pernah cerita dia pon kena......
aku tak pasti diorg dah buang atau tak...tp masa aku dok katil aku betul2 mengadap bilik tu...tengah mlm kadang2 nampak kelibat org mcm dok tengok dekat tingkap......tak dak la dengar suara pon....sampai keharini bilik tu masih dia biarkan kosong



Pontianak Harum Sundal PAGI!

ari petama bila fara cheq in dlam hostel kolej fara kat salah sebuah ipt diraja..tak yah citer laa soltan maner!!memang best..satu unit kite owng ditempatkan seramai 8 owng dlm satu unit..best dapt kengkawan yg spoting tahap cipan...ok lah di pendekkn citer,pada MLM PERTAMA fara kat hostel tu best laa..tak der masalah langsung..tak der laa perkara2 pelik berlaku..


MLM berikutnye,fara ngn kengkawn lepak2 laa kat ruang tamu dlm hostel fara sambil ngumpat2 org..pas tu tetiba jer kwn trkuar topic2 antu2 nie..meremang jgk bulu tngkorak fara,iyer laa kn fara bkn brani sgt.diorg pun rancak story2 pasal mkhluk2 halus ne..ttiba jer bekalan elektrik hostel putus..hostel jadi gulap gulita jer,kiter org yg tadi sibuk story tntg hantu2 ni,diam tergamam!pas tu bunyi suara member fara ckp bulu leher ngn tangan dia meremang,kte suma takt ape yg kte story td jadi kenyataan....fara tnye dia " ko der nampk ape2 ke? "dia geleng je kepala dia,fara tny lg " ko ader rase ape2 ke? "ttiba dia ckp a"ar.aku ader rasekan sesuatu,tp aku tkut nk ckp.! " ape!yg ko rase tu "fara marah ngn dia...


aku meremang bulu tenkuk ne sbb..sbb..sbb..dgn nada yg terketar ketar sbb......


" AKU NAK BUANG AIR BESAR "...2 jwapan paling hampeh yg pernah fara dengar.......




Misteri Di Bilik Media

Kisah ni dah lama jadi... tp ttp dlm ingatan aku, mmg x leh lupe laa  ...

   wktu tu aku dlm darjah 5 atau 6.... masa tu ade hari usahawan aderr mcm2laa...
gerai jual makanan, cenderahati, mcm2 aderr...

   rumah hantu pun aderr... bilik media, dijadikan rumah hantu sbb bilik media 
kt skola aku tu jenis panjang so, snglaa nak letak byk2 antu kan(aku raselaa).... 
aku ngan geng2 aku da pakat da nak masuk sesamer pastu kiteorg pun cpt2  mkn...

   waktu beratur tu bkn men sesak lg... tp kiteorg sabor sbb sabor tukan separuh drpd 
iman(mcm ustazh la pulakk)  .....

   wktu nak masuk tu , cikgu ckp saper2 yg dok blakg jage2 laa sbb kdg2 
kena usik ngan 'bende'  kiteorg ingat cikgu main2 tp kiteorg berebut tempat 
gak sbb takut dok blakg sbb yg jadik antunyerr bdk2 laki takut gak ah diorg tarik2
ke aperr ke...

  nasib baek aku dpt second last, last skali farzana kwn aku, second last pun jadiklaa 
aslkan bkn last  ....

   wktu msk tu tak sampai sekejap farzana potong aku, hot aku , yelaa dah dok 
blakg tu dok jelaa diam2.... nak mrh x jadik sbb org kt dpan sumer jerit2 aku pun 
aper lg jeritlaa skali...

   pastu waktu kt selekoh tu aku nmpk muke dierr samar2laa tp aku nmpk sipi2 je...
pastu org2 kt dpan terus jerit2 aku pun ikutlaa.... tp aku x nmpk pun antunyerr...

   bila da kluar aku tanyerr dierr asl dierr ptg line td.... tetiber die jwb dierr x msk...aik??  
abes yg dlm umah antu tu saperr???? pastu aku ingat dia kelentong sbb x nak kena mrh... 
pastu aku tanyerr alyani lg sorg kwn aku yg x masuk tunggu kt luar... dierr ckp betul 
farzana x msk...aik?? x puas ati lg nih ... aku tanyerr dibah lak... dierr pun ckp farzana 
tak msk sbb wktu kiteorg msk tu die lari kluar ikut pintu msk... aperr??? abes tu saperr 
yg kt dpan aku tu??

   mule2 aku lek2  je tp bile smpi class aku jd takut lakk... abis kluar air mata aku.... 
satu class tanyerr asl aku nangis ilang sumer rase malu aku hehehe...

   selepas ari tu, hari usahawan pun berakhir.... umah antu pun da jadik bilik media 
mcm biasa.... wktu 2 lpas rehat aderr math... cikgu nik arif tanyerr aku asl aku nangis
ari tu aku x tau nak jwb aperrkwn2 aku lakk yg menyibok gi crite  ... pastu cikgu pun 
crite yg die kena kacau gak....  wktu tu dierr ngah cabut kain itam yg lekat kt meja tu... 
pastu dierr rase aderr org pegang belakang dierr bile pndg blakag x dek org pun 
pastu dierr trus blah yelaa meremang bulu roma dibuatnyerr.....

   sejak tu aku seram nak msk bilik media lg2 duduk kt corner yg aku nmpk muke farzana tu 
 ... meremang bulu roma aku  ... Heisyh  .....sekian



Bas Ngeri

   Ada satu mlm tu Tipah balik dari tiusyen kena naik bas. Leceh betul, dah la ngantuk!
Biasanye pakwe Tipah yang jemput tapi dia ada hal pulak hari tu. So dengan 
perasaan boring gila babas, terpaksalah Tipah menapak ke bus stop 
berhampiran.Masa tu lebih kurang pukul 11 malam. 
Orang lain takde,Tipah sensorang ajer. Takut gak tau!

   Tunggu punyer tunggu, dari jauh Tipah dah nampak sebuah bas yang bergerak 
slow motion cam orang jalan kaki lenggang kangkung jer lagaknya. 
Maleh lak Tipah nak pikir ngapenye? yang penting nak cepat sampai rumah. 
So, Tipah tahan ler bas tu tapi ngengada tau, ta nak berenti la pulak. 
Tipah tak kira? terus jer Tipah lompat naik ke dalam bas tu.Yang peliknya,
ngaper lampu lampu dia baik luar dan dalam tak nyaler?Tipah peratikan 
takde penumpang lain, terus Tipah duk kat kerusi blakang sekali. 
Lepas dah duduk tu? Laaa baru

   Tipah perasan yang bas tu bergerak tanpa drebarnya. Alamak! 
konduktor pun tak de gak. Maknanya takde sesapa dalam bas tu melainkan 
Tipah only. Apalagi Tipah rasa seram sejuk ler? peluh jantan mula memercik 
dan nyawa rasa nak melayang. Seram sungguh rasanya.Dalam masa yang sama, 
Tipah terdengar pulak bunyi orang bernafas kuat? Menyaspenkan sungguh jiwa 
dan raga Tipah. Adakah bas ni dibawa oleh Han?? Adakah kondukturnya To?.? 
Adakah? adakah? Aarrrghhh ! ! ! Seramnye, ngerinye, takutnye, sadisnye, 
kejamnye !"Tttolong! toolongggg!" Tipah melontarkan segala suara yang ada.
"Hoh!Apsal terpekik pekik nih??" Sergah satu suara dari blakang bas.Alahaiii,
sapa pulak tu ? Tipah memberanikan diri menoleh. Ceh! Ropa-ropa nyer drebar sama 
konduktor tengah tolak bas tu laa? rosak enjin dia. Patut la slow aje? patut pun tak der 
drebarnya? patut sangat laaa pun Tipah rasa tertipu.Hee hee heehhhhh... malu Tipah tau!


Salah Eja Nama

 Selepas menonton wayang,Ali dan Abu berjalan pulang ke rumah.Kerana mahu sampai
cepat,mereka berdua mengikut jalan  pintas yg terpaksa melalui sebuah kawasan perkuburn.
  Hati mereka berdebar-debar semasa melalui kawasan perkuburan itu dan dalam sayup2
malammereka terdengar bunyi ketukan dari kawasan perkuburan itu.
  Mereka berdua memberanikan diri untuk melihat dari mana datang bunyi itu. Dengan
perlahan-lahan mereka menghampiri kawasan kubur dan ternampak seorang tua sedang 
mengetuk batu nisan menggunakan tukul besi dan pahat.
Dalam keadaan yang agak gelap itu,orang tua tersebut tekun 
mengukir sesuatu diatas batu nisan.
 Ali dan Abu bersuara "Fuuhh...terkejut kami,ingatkan pakcik ni hantu tadi,buat kami
terkejut aje".
 Sambil merapati orang tua itu mereka bertanya"Apa yang pakcik buat malam2 buta
kat kubur ni??"
 Tiba2 lelaki tua itu menjawab dengan marah..."Bodoh!!Dia orang salah eja nama aku!





Dj Radio
Ada orang nie nama dier Abu Kasap . Dier baru beli radio pastu dier balik umah . Masa tu dah pkul 12.00 mlm .Dier pasanglah radio tu . " Kita akan menceritakan tentang pengalaman seram masing-masing pada 31 ogos . Sapa ader cite menarik sile hubungi 03-*******"kata DJ radio tulah.Dier pun capai tepon lalu menepon DJ tersebut.........." Awak ader cite menarik tak?" tanyer DJ tersebut. "mestilah ader kalau tidak buat aper saya tepon"Kata Abu ." Cite sayer camni , masa malam 31 Ogos saya telah dikecewakan oleh aweks saye . Saye dengan nekad panjat KLCC dan terus terjun dan mati " kata Abu ."Ha..Ha..Ha..awak ni klakalah. Dengar cite sayer plak, mase tu sayer bawa keta laju-laju lalu masuk gaung dan mati siap putus kepala lagi"kata DJ tu.


Tiba-tiba Abu ni terpandang blakang radio nyer dan tengok wayar radio dier tak sambung lagi..............Jeng!jeng!jeng! Apa lagi Abu tu pun pengsan ler . Esoknyer dier bukak surat khabar dan tengok tajuk utama surat khabar tu ialah "DJ RADIO TERKENAL MATI KEMALANGAN"






Mengapa Pagar-nya Dikunci Bu ?
   Jam menunjukkan pukol 10 pagi. Seperti biasa Ahmad Zainudin Bin Ramli bersiap untuk pergi ke kolej. Ahmad zainudin juga dikenali sebagai Mat Din oleh rakan-rakan sekolej dengannya. Berumur 20an dan menuntut di sebuah kolej swasta di perak. Mat Din adalah seorang yang kerap pulang lewat atas alasan berlajar di kolej bersama rakan-rakan nya. Oleh yang demikian, ibubapa Mat Din amat risau akan perlakuannya walau atas alasan yang munasabah.


  Selama Mat din mengikuti pengajiannya, tidak pernah sekali pun Mat Din keluar rumah tanpa izin ibubapanya. Mat Din juga mempunyai latar belakang sosial yang agak berbeza dari rakan-rakannya. Ini kerana Mat Din mempunyai hobi masa lapang yang tersendiri. Mat Din bersama dua orang lagi rakannya dipanggil Zati dan Muz amat suka mengumpul perbagai jenis khazanah lama. Lebeh kerap lagi mereka suka mengumpul cerita dari kejadian-kejadian pelik dan aneh hasil tinggalan nenek moyang zaman melayu purba kala. Suatu hari, sedang Mat Din duduk berseorangan di dalam bilik sambil mengupas cerita-cerita khazanah lama. Pintu biliknya diketuk oleh seseorang. Mat Din lantas berkata "masuklah. Pintu tak berkunci tu." namun kata-kata Mat Din tiada sahutan. Apabila pintu bilik Mat Din di ketuk hampir berkali-kali. Mat Din bingkas bangun untuk mebuka pintu. Mat Din terkejut. Kerana ketika itu talifon bimbitnya berdering. Tidak berlengah Mat Din membuka pintu dan sambil mencapai telefon. Mat Din menjawab telefon. "hello, mat. esok jangan lupa bawak barang lama tu untuk di rumus." rupanya Muz yang menelefon. Sambil menjawab panggilan tersebut. Mat Din memandang pintu biliknya yang tiada lansung kelibat manusia. Selepas itu Mat Din pantas mendapatkan ibunya. "Ibu, ibu! Tadi kenapa..." Mat Din terpandang pintu hadapan yang terbuka luas.

   Kemudian Mat Din keluar dan meninjau-nijau. Kelihatan ibunya sedang berbual dengan Kak Limah jiran sebelah. "Ibu, ada apa tadi sampai mengetuk-ngetuk pintu Din tadi ibu?" soal Mat Din mencelah perbualan. "ish bila pulak ibu ketuknya? Ibu dah sejam dah berbual dengan Kak Limah kamu ni." ujar ibu kehairanan. "oh.. macam tu. tak apalah. mat dengar orang ketuk pintu tadi" balas Mat Din ringkas. "bapak mana ibu?" tegor Mat Din. "Entahnya orang tua ni. Dah jam 11 lebih pun tak balik lagi, ke warung agaknya." ujar ibu lagi. "tak apalah. Mat masuk bilik dulu." balas Mat Din. Lebih kurang 15min Mat Din duduk menyelesaikan kerjanya. Sekali lagi telefonnya berdering. Seiring Mat Din menjawab panggilan. Pintunya diketuk. Mat Din mulanya terkedu. Kemudian, "hello, hello. Mar Din. Ni zati. kenapa ni? tak berjawab pulak. hello." Mat Din yang terasa tidak sedap hati kemudiannya dengan berat hati membuka pintu biliknya perlahan-lahan.

   Terpacul kelibat ibunya. "Oh ibu. Terkejut Mat tadi." kemudian Mat kembali ke atas kerusi dan berburak dengan Zati menerusi talefon. Selang beberapa minit Mat Din pun keluar rumah. Ibunya yang berbual tadi melihat Mat Din lantas ditegur "eh, nak kemana pula malam-malam buta macam ni. Engkau jangan di ikut perangai bapaknya." Mat Din hanya tersenyum lantas keluar segera. Kira-kira 10minit kemudian. "bapaknya, baru pulang?" teguran pantas dari ibuya. "iyalah, yang ibunya tak habis berburak lagi? sudah jam berapa ni?" balas bapanya sinis. Maka masuk lah mereka berdua suami isteri ke dalam rumah kerana sudah lewat malam. "eh, bapaknya jangan dikunci pintu. Mat belum balik lagi ni. Die baru keluar." sergah ibunya. Bapanya berasa pelik lantas berkata kerana terpandang anaknya Mat Din baru sahaja keluar bilik. "kenapa ni ibu bising tengah malam? Tadi ibu berdiri saja depan pintu terketuk-ketuk pintu bilik ada apa?" kata Mat Din. "Engkau bila balik? Tadi engkau baru keluar. Kemana?" ujar ibu. "eh ibu, bila pula Mat keluar. Mat sibuk menyiapkan kerja dibilik tadi. Ibu tu yang mengetuk dan cuma berdiri didepan pintu bilik mat." lantas ibunya terdiam seketika. "kalau engkau dibilik, habis siapa yang keluar tadi?" kata ibu kebingungan. "Assalamuaikum...!! Ibunya, mengapa pagarnya luar dikunci ni? kan bapaknye ni baru pulang." kedengaran suara tua yang amat mereka biasa dengar. Ibunya lantas menyelak langsir pintu dan melihat kelibat suami nya diluar. "eh, orang tua ni baru... jadi tadi siapa..?" Ibunya menoleh kebelakang kelihatan cuma anaknya si mat berdiri tegak. "Ibu, mengapa dikunci pagarnya? kan selalu tak dikunci sebab bapak selalu balik lewat?" Kata Mat Din. Ibunya kebingungan..





Rumah Sema-Ku
ceritanya banyak kat 1 umah sewa so aku gabungkan.. aku kira tuan rumah lah sbb aku yg cari rumah 2...so kes yang pertama,, membe aku hilang dompet, mase 2 aku xder kat umah,,so membe2 aku seramai 8org yg dok umah 2 carilah. tak jumper gak. bila aku balik diorang citer kat aku..aku haah jelah pas 2 aku masuk bilik kat tingkat 2, aku bukak pintu ada pulak dompet 2 kat c tu,,aku panggil member aku 2,,suruh dia cek,,, dia mcm biol jer..setelah diperiksa mmg betul dompet dia,,,xder benda yg hilang pun termasuk duit..yg pelik kenapa aku yg jumper...

start dari itu lah benda lain yg jd,,ada org mandi tgh malam,,tp xnampak pun saper yg mandi,,ader org lari naik tangga bila cari xder gak,,sampai lah member2 lain pindah tp aku x pindah,, aku dok ngan member aku 2 org..

mase ki torang pegi kerja membe aku yg penah dok sekali dtg umah nak amik barang...di orang masuk pas 2 tgk tv,, yg dtg 2 org.. yg sorang nak naik atas.. elok sampai kat tangga dia nampak ada org dok kat tangga belah atas...dah lah hitam mata merah...duduk diam kat ctu..member aku x lari,, turun pelan2 dan tgk tv balik pas 2 ajak member lg sorang 2 teman ,,,pas 2 x der aper2...

cerita yang ke 3,, kawan aku yg lain pulak dtg umah aku 2 nak amik barang lg.. kali ni 3 org,,tp diorang x masuk umah pun..sbb aku xder....
pas 2 diorang tgk kat tingkap kalau ader org kat rumah,, kat tingkap 2 ader langsir,,so kena selak langsir lah,,,mese 2, 2org yg dok kat tingkap 2 lg sorang dok kat gate...tengok membe yg 2 org 2. bila selak langsir diorang tgk umah aku bersepah giler, padahal umah aku ok lah biaser la org lelaki.. so diorang tutup balik langsir  dan nak blah... sebaik sajer diorang pusing ader pulak org dari dalam rumah (bukan org, mana ader org, mase 2 aku dah dok sorang membe aku 2 dah kerja kat kl dah..) selak langsir dan tgk member aku yg 2 org 2... yg nampak cuma member aku yg dok kat gate... pucat muka dia tp x bg tau org lain..dah sampai umah baru bg tau..... lepas aku pindah dari rumah 2 baru diorang citer kat aku... yg pelik aku x pernah nampak atau kena ganggu pun... tp alham dilillah dia x kaco..kalau x....xtau lah...





Misteri Di Ofis
office aku sabtu ahad memang cuti..tp klu ada sape2 yg nk dtg bt keje blh dtg tp xde overtime....office aku 2 tkt..kt bhgn atas tu khas utk 2 org secretary kpd ceo..bhgn atas tu sentiasa brkunci, org lain xleh masuk pnc..hanya 2 sectry tu jer yg bleh kuar masuk kt situ..1 hari tu pd ari sabtu..kwn aku si sectry (zira) ni dtglh nk bt keje..kebetulan ari tu xde sape2 pn yg dtg..maklumlah awal bln..so dia pn bukaklah pintu utama offic dan kunci dr dlm takut pencuri..n trus naik atas bukak pintu tkt atas tu..dia pon bt lah keje mcm biasa..maklumlah siang2 apa nk takut...tiba2 tekak dia plak rasa haus..tgk jam tepat pkl 12pm..nk turun bwh rasa malas plak..lalu dia pn smbglah bt keje..tetiba trdgr sayup2 bunyi kecoh sgt mcm org tgh bancuh air..bunyi cawan brlaga dgn sudu..lama plak tu..yg member pon x puas hati nk pg tgk sape yg bt air kt pantry..dia pon pg turun bwh..smp jer kt pantry dia tgk sudah siap trhidang 3 cawan kopi panas brasap2 trletak dlm dulang siap brpiring mcm nk hidang kt tetamu lagi...dia trpikir jugak sapa yg ada dtg ni..pantas tringat pintu brkunci dr dlm mana munkin org lain bley masuk????..member aku ni trus angkat beg cabutlah apalagi...

monday morning......dtg keje mcm biasa...masa makcik tukang bt kopi tu antar kopi pagi kt semua staff..zira ni pon tanyalah kt makcik tu..."makcik pg td masa makcik smp ada x 3 cwn kopi kt atas meja pantry tu?"...makcik tu kata.."xde pn atas meja..tp ada 3 cwn kosong org x basuh letak kt dlm singki tu, ntah sapelah punye keje tu..dh minum basuhlah cawan tu"...(kt offc ni klu dh minum kene basuh cwn sendri)...zira ni malas nk takut2 kn makcik tu..apa yg dialami ari sabtu tu dia x cite pn dgn sapa..smplah aku bukak cite pasal aku blk lbt tu br dia cite kt aku pasal ni..smp skarng dia x penah dtg lg keje hari sabtu...





Mayat Yang Tidak Diterima Bumi
ade sebuah kampung di panggil kampung durian sebatang,di jadikan cerita
kecohlah satu kampung mengenai mayat x di terima bumi.satu hari cerita ini sampai
pengetahuan oleh seorang pemuda yg minat akan kisah cerita misteri,
dia pon siasat la ape punca leh jadi cam tu,mulalah dia berfikiran yg dulu masa
hayat mayat ni pernah melakukan perkara2 yg jahat dan sampai tuhan
menimpa bala masa pengebumiannye.dia pon pergi la berjumpa tok penghulu
untuk mengetahui kisah sebenarnye..

pemuda : saya nak tahu betul ke ade mayat yg x dterima bumi??..

penghulu : betul..(sambil korek idung..)

pemuda : leh cerita kan macam mane semua ni boleh berlaku? adakah masa
              hayat mayat itu pernah melakukan perkara2 yg jahat?..(wat muke
              suspen..)

penghulu : tidak..dulu masa hayat dia baik sajer,ske tolong orang..

pemuda : habis tu kenapa mayat dia x dterima bumi..(muke heran..)

penghulu : oohhhh...penggali kubur tu tersilap gali tanah dan tercangkul saluran
                paip kat bawah kubur tu,jd kena tukar tmp lain..(muke slamber..)

pemuda : *&%$#.... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...