Friday, 27 April 2012

Detik Petermuan Pengasas Silat Seni Gayong Malaysia & Lagenda Jeet Kun Do.

Pada tahun 1973, Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman telah keluar negara untuk melawat saudaranya yang menetap di England. Pemergian beliau ditemani oleh Dato' Syed Ahmad Jamalullail, seorang saudaranya. Dalam perjalanan pulang ke tanahair, pesawat yang mereka naiki telah singgah sebentar di lapangan terbang di Hong Kong. Ketika menunggu penerbangan berikutnya, beliau telah disapa oleh Bruce Lee, pakar Kung Fu dan seni beladiri Jeet Kune Do. Bruce Lee telah mendapat tahu bahawa Mahaguru Silat Seni Gayong, Meor Abdul Rahman telah berada di Hong Kong.
Setelah memperkenalkan dirinya sebagai Bruce Lee, si Raja Kung Fu, Bruce Lee telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman agar bertarung dengannya. Beliau ingin melihat sejauh mana hebatnya seni mempertahankan diri milik orang Melayu yang dinamakan silat itu. Bruce Lee dengan angkuhnya berkata jika Meor Abdul Rahman menang dalam pertarungan itu, silat Meor Abdul Rahman adalah yang terbaik, TETAPI jika Bruce Lee pula yang memenangi perlawanan itu, Seni Jeet Kune Do ciptaannya adalah yang terbaik di dunia. Kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman rupa-rupanya telah sampai ke pengetahuan Bruce Lee. Sebelum daripada itu, pada tahun 1972, serombongan pakar-pakar Kung Fu Hong Kong telah datang ke Malaysia untuk mencari tokoh-tokoh seni beladiri yang dapat bertarung dengan Bruce Lee. Rombongan pakar Kung Fu ini telah berjumpa dengan Dato' Meor Abdul Rahman di Taiping. Dalam pertemuan tersebut, mereka telah mencabar Dato' Meor Abdul Rahman untuk menunjukkan kebolehan beliau. Dato' Meor Abdul Rahman telah menangkap serta mengunci kesemua enam orang ahli-ahli Kung Fu tersebut. Kemudian, Dato' Meor telah menyuruh ahli-ahli Kung Fu tersebut bertemu dengan murid kanannya pula iaitu Cikgu Ahmad bin Lazim.

Memandangkan Bruce Lee masih muda dan mentah, Dato' Meor Abdul Rahman telah menasihati Bruce Lee agar melupakan sahaja niatnya hendak mencuba beliau. Namun, Bruce Lee tetap berdegil juga. Oleh kerana Bruce Lee terus mendesak, maka Dato' Meor Abdul Rahman akhirnya menyahut juga cabaran daripada Bruce Lee tersebut. Untuk mengelakkan keadaan daripada menjadi gempar, Bruce Lee dan Dato' Meor Abdul Rahman dengan ditemani oleh beberapa orang menuju masuk ke dalam bilik tetamu di lapangan terbang tersebut. Sebaik sahaja melihat Dato' Meor Abdul Rahman telah bersedia, Bruce Lee pun dengan kepantasan serangan kakinya pun mula mengasak. Setelah beberapa serangan berjaya dielak, akhirnya Dato' Meor Abdul Rahman tiada pilihan lain melainkan bertindak balas dengan melepaskan satu pukulan tangan (Kipas Nandung) yang tepat mengenai rusuk Bruce Lee. Pukulan tangan Dato' Meor Abdul Rahman yang nyata berbisa telah menyebabkan Bruce Lee jatuh tersungkur dan menggelupur kesakitan. Kerana belas kasihan ke atas Bruce Lee, Dato' Meor Abdul Rahman pun menawarkan bisa pukulannya ke atas Bruce Lee menggunakan air yang didoakan dan disapu ke kawasan sakit tersebut. Setelah Bruce Lee pulih daripada kesan pukulan Dato' Meor Abdul Rahman tersebut, akhirnya Bruce Lee dengan rendah diri, mengakui kehebatan Dato' Meor Abdul Rahman dan ilmu silat yang dimilikinya. Tidak lama selepas peristiwa pertarungan Bruce Lee dengan Dato' Meor Abdul Rahman ini, Bruce Lee dilaporkan telah meninggal dunia di Hong Kong akibat penyakit misteri. Menurut Daniel Inosanto, murid kanan Bruce Lee, di hari-hari terakhir Bruce Lee sebelum beliau ditemui mati, Bruce Lee giat mengkaji tentang Seni Silat Melayu. Kini tugas Bruce Lee disambung oleh Daniel Inosanto, sebagai satu-satunya pewaris JKD yang ditauliahkan oleh Bruce Lee. Daniel Inosanto telah memasukkan Silat sebagai sebahagian daripada mata pelajaran Jeet Kune Do.

Bruce Lee bersama senjata popularnya, Nunchaku

Tuesday, 24 April 2012

Tip's : Bagaimana ingin menguruskan tekanan ( Stress ) berat dan Berpanjangan?

Assalamu'alaikum U'olls .. oke hari admin agak Waras dari sebelumnya , hahahaha!! , sebab tu admin nak berkongsi sedikit tip's yang admin dapat dari Ustaz Don Daniyal Biyajid , tentan bagaimana untuk mengurus kan tekanan hidup  , haa jadi siapa-siapa yang agak stress memanjang , boleh try amal kan tip's-tip's di bawah . Selamat Ber'amal ^^,
Credit to : Ustaz Don Daniyyal Biyyajid

Monday, 23 April 2012

WestLife & The Latest Cover Song.

   Assalamu'alaikum semua .. selamat suku pagi!! hewhewhew .. betul ar an , dah kul 9.30 an .. apa?? belum ? haaaaa... bek gi cuci muka dengan pencuci Nivea sana .. then tengok balik jam.. hahaha .. tak percaya ke? ...Haa , oke this time admin nak bagitau yang , yang admin pnye cover song dah siap.. hewhewhew.. lagu apa?? haa... nak tau lagu apa , jom kita Lihat sedikit sebanyak gambar pemilik asal lagu ni : 





 
   Hewhewhew .. admin punye latest cover song ialah Swear It again ( Nyanyian asal oleh WestLife) , dan yang special nye , ialah di dalam bahasa Melayu . Jadi anda semua boleh browse ke Tab yang bernama My Video .. dan perdengarkan-nya =)

Apa Itu Saka *AMARAN - JANGAN SESEKALI BENIAT UNTUK MELAKUKAN-NYA*




Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui
pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan
dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli
keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu
tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka
ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana
kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana
hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh
menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan
mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan
untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka
akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai
contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke
sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan
sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti
menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka
menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini
dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan
sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di
hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima
perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat
secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti
bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana
memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu
ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan
dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih
jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.


Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka
barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara
saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah
pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada
keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan,
sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal
dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan
kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini
kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke
generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan
kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih
jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong
dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya
tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan
orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)


GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup


1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:

a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa
berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid
bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak
dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah
hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap
cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas.
Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan.
Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam
mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar
mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak
suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat
anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah
memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam
kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat
business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama
rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak
pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap
org lain.


APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak
ia akan menganggu.

2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri
dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan
membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz).
Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih
berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang
sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir
sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu
membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali
pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat
penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat
itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan.
Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus
dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang
terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau
sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama,
tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka
akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti.
Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan
kewujudan alam jin

KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT

KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

Sunday, 22 April 2012

Info : Hari Asyura Bagi Penganut "SYIAH" . Na'uzubillah.


Asyura bagi Syiah adalah hari meratapi Kesyahidan Saidina Husin.Pada hari tersebut penganut Syiah akan melakukan perbuatan yang keji seperti melibas kepala mereka dengan pedang,meraung-raung dan banyak lagi seperti dinyatakann oleh Ahmad al-Kisrawiy: “Pada setiap kali Asyura, mereka memperingati kematian Saiyidina Husin dengan melakukan perbuatan-perbuatan tercela seperti berkumpul sambil menangis dan meratapi bagaikan histeria. 

ada brani?

Mereka juga mengadakan perarakan di jalan-jalan dan pasar-pasar sambil memukul tubuh dengan rantai besi, melukai kepala dengan pedang, mengikat tangan dan sebagainya”. (Al-Tasyayyu’ Wasy-Syi’ah, Ahmad al-Kisrawiy al-Syi’iy, hal.141, Tahqiq Dr. Nasyir al-Qifari).

jom ramai-ramai

Perhatikanlah betapa jauhnya perbuatan mereka dengan syariat Islam yang mulia, sedangkan di dalam kitab syiah sendiri melarang perbuatan meratapi kematian seperti mana yang terdapat di dalam Nahjul Balaghah, syarif Radhi menukilkan kata-kata saidina Ali Karamallahu Wajhah, yang bermaksud “Sesiapa yang memukul tangannya ke atas pahanya ketika ditimpa musibah maka binasalah amalanya (Nahhjul Balghah juz 4 hal. 34) Memukul paha ketika ditimpa musibah sudah cukup bagi membinasakan amalan apalagi sekiranya kita meratapi dengan memukul pedang dan melibas besi ke badan? Ulama Syiah Ibnu Babuwaih al-Qummi yang digelari Al-saduq (yang sangat benar) menyebutkan bahawa diantara ucapan Rasulullah SAW ialah “Meratap kematian adalah amalan jahilliah” (Man laa Yadhurul faqih jilid 4 hal 271).

Apa-apa pun, setiap amalan dan ibadat kita hendaklah bersandarkan kepada ilmu dan bukan sekadar ikut-ikutan. Semoga secebis maklumat seperti ini dapat memberikan pencerahan kepada kita semua.



Beza Ahli Sunnah dan Syiah

Melihat pentingnya persoalan tersebut, maka di bawah ini kami nukilkan sebahagian dari perbezaan antara aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dengan Aqidah Syiah Imamiyah Itsna Asyarah (Ja’fariyah).

1. Rukun Islam.
Ahli... Sunnah : Rukun Islam ada 5 (lima)

(a) Mengucap dua kalimah syahadah
(b) Solat
(c) Puasa
(d) Zakat
(e) Haji

Syiah : Rukun Islam Syiah juga ada 5 (lima)

(a) Solat
(b) Puasa
(c) Mengeluar Zakat
(d) Menunai Haji ke Mekah
(e) Al Wilayah

2. Rukun Imam
Ahli Sunnah : Rukun Iman ada 6 (enam) :

(a) Beriman kepada Allah
(b) Beriman kepada Malaikat-malaikat Nya
(c) Beriman kepada Kitab-kitab Nya
(d) Beriman kepada Rasul Nya
(e) Beriman kepada Yaumil Akhir / hari kiamat
(f) Beriman kepada Qadar, ketentuan baik-buruknya dari Allah.

Syiah : Rukun Iman Syiah ada 5 (lima)

(a) At-Tauhid
(b) An-Nubuwwah
(c) Al-Imamah
(d) Al-Adlu
(e) Al-Ma’ad

3. Syahadah.
Ahli Sunnah : Dua kalimah syahadat

Syiah : Tiga kalimat syahadat, disamping Asyhadu an Laailaha illallah, wa asyhadu anna Muhammadan Rasulullah, masih ditambah dengan menyebut dua belas imam-imam mereka.

4. Imam.
Ahli Sunnah : Percaya kepada imam-imam tidak termasuk rukun iman. Adapun jumlah imam-imam Ahli Sunnah tidak terbatas. Selalu timbul imam-imam, sampai hari kiamat. Kerananya membatasi imam-imam hanya dua belas (12) atau jumlah tertentu, tidak dibenarkan.

Syiah : Percaya kepada dua belas imam-imam mereka, termasuk rukun iman. Kerananya orang-orang yang tidak beriman kepada dua belas imam-imam mereka (seperti orang-orang Sunni), maka menurut ajaran Syiah dianggap kafir dan akan masuk neraka.

5. Khulafa’ Rasyidin.
Ahli Sunnah : Khulafa’ur Rasyidin yang diakui (sah) adalah :

(a) Saidina Abu Bakar radiallahu anhu
(b) Saidina Umar radiallahu anhu
(c) Saidina Utsman radiallahu anhu
(d) Saidina Ali karramallahu wajhah

Syiah : Ketiga Khalifah (Abu Bakar, Umar, Utsman) tidak diakui oleh Syiah. Kerana dianggap telah merampas kekhalifahan Ali bin Abi Thalib (padahal Imam Ali sendiri membai’at dan mengakui kekhalifahan mereka).

6. Khalifah Maksum.
Ahli Sunnah : Khalifah (Imam) adalah manusia biasa, yang tidak mempunyai sifat Maksum. Berarti mereka dapat berbuat salah/ dosa/ lupa. Kerana sifat Maksum, hanya dimiliki oleh para Nabi.

Syiah : Para imam yang jumlahnya dua belas tersebut mempunyai sifat Maksum, seperti para Nabi.

7. Caci Para Sahabat.
Ahli Sunnah : Dilarang mencaci-maki para sahabat.

Syiah : Mencaci-maki para sahabat tidak apa-apa bahkan Syiah berkeyakinan, bahawa para sahabat setelah Rasulullah SAW wafat, mereka menjadi murtad dan tinggal beberapa orang saja. Alasannya kerana para sahabat membai’at Saidina Abu Bakar sebagai Khalifah.

8. Saidatina Aisyah radiallahu anha.
Ahli Sunnah : Siti Aisyah isteri Rasulullah sangat dihormati dan dicintai. Beliau adalah Ummul Mu’minin.

Syiah : Siti Aisyah dicaci-maki, difitnah, bahkan dikafirkan.

9. Kitab-Kitab Rujukan.
Ahli Sunnah : Kitab-kitab hadits yang dipakai sandaran dan rujukan Ahli Sunnah adalah Kutubus Sittah :

(a) Sahih Bukhari
(b) Sahih Muslim
(c) Sahih Abu Daud
(d) Sahih Tarmizi
(e) Sahih Ibnu Majah
(f) Sahih An Nasa’i

Kitab-kitab tersebut beredar dimana-mana dan dibaca oleh kaum Muslimin sedunia.

Syiah : Kitab-kitab Syiah ada empat :

(a) Al Kaafi
(b) Al Istibsor
(c) Man Laa Yah Duruuhul Faqih
(d) At Tahziib

Kitab-kitab tersebut tidak beredar, sebab kebohongannya takut diketahui oleh pengikut-pengikut Syiah.

10. Al-Qur’an.
Ahli Sunnah : Al-Qur’an tetap asli dan terpelihara.

Syiah : Al-Qur’an yang ada sekarang ini menurut pengakuan ulama Syiah tidak asli. Sudah dirubah oleh para sahabat (dikurangi dan ditambah).

11. Syurga dan Neraka.
Ahli Sunnah : Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang taat kepada Allah dan Rasul Nya. Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasul Nya.

Syiah : Syurga diperuntukkan bagi orang-orang yang cinta kepada Imam Ali, walaupun orang tersebut tidak taat kepada Rasulullah. Neraka diperuntukkan bagi orang-orang yang memusuhi Imam Ali, walaupun orang tersebut taat kepada Rasulullah.

12. Aqidah Raj’ah.
Ahli Sunnah : Aqidah Raj’ah tidak ada dalam ajaran Ahlus sunnah.
Raj’ah adalah diakhir zaman sebelum kiamat, manusia akan hidup kembali. Dimana saat itu Ahlul Bait akan balas dendam kepada musuh-musuhnya.

Syiah : Raj’ah adalah salah satu aqidah Syiah.
Dimana diceritakan bahawa nanti di akhir zaman, Imam Mahdi akan keluar dari persembunyiannya. Kemudian dia pergi ke Madinah untuk membangunkan Rasulullah, Imam Ali, Siti Fatimah serta Ahlul Bait yang lain.

Setelah mereka semuanya bai’at kepadanya, diapun selanjutnya membangunkan Abu Bakar, Umar, Aisyah. Kemudian ketiga orang tersebut disiksa dan disalib, sampai mati seterusnya diulang-ulang sampai ribuan kali. Sebagai balasan atas perbuatan jahat mereka kepada Ahlul Bait.

Penganut Syiah mempunyai Imam Mahdi sendiri. Berlainan dengan Imam Mahdinya Ahli Sunnah, yang akan membawa keadilan dan kedamaian.

13. Nikah Mut’ah.
Ahli Sunnah : Mut’ah (kawin kontrak), sama dengan perbuatan zina dan hukumnya haram.

Syiah : Mut’ah sangat dianjurkan dan hukumnya halal. Halalnya Mut’ah ini dipakai oleh golongan Syiah untuk mempengaruhi para pemuda agar masuk Syiah. Padahal haramnya Mut’ah juga berlaku di zaman Khalifah Ali bin Abi Thalib.

14. Arak.
Ahli Sunnah : Khamer / arak tidak suci.

Syiah : Khamer/ arak suci.

15. Air Mustakmal.
Ahli Sunnah : Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap tidak suci.

Syiah : Air yang telah dipakai istinja’ (cebok) dianggap suci dan mensucikan.

16. Tangan Kanan Di Atas Tangan Kiri.
Ahli Sunnah : Diwaktu solat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri hukumnya sunnah.

Syiah : Diwaktu solat meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri membatalkan solat.

Jadi disisi Syiah, solat orang-orang Mazhab Syafi’e adalah batal.

17. Mengucap Amiin.
Ahli Sunnah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam solat adalah sunnah.

Syiah : Mengucapkan Amin diakhir surat Al-Fatihah dalam solat dianggap tidak sah / batal solatnya.

Jadi solatnya Muslimin di seluruh dunia dianggap tidak sah, kerana mengucapkan Amin dalam solatnya.

18. Solat Jamak.
Ahli Sunnah : Solat jama’ diperbolehkan hanya kepada orang yang bermusafir dan bagi orang yang uzur syar’i.

Syiah : Solat jama’ diperbolehkan walaupun tanpa alasan apapun.

19. Solat Dhuha.
Ahli Sunnah : Solat Dhuha disunnahkan.

Syiah : Solat Dhuha tidak dibenarkan.

Sebenarnya yang terpenting dari keterangan-keterangan diatas adalah agar masyarakat memahami benar-benar, bahawa perbezaan yang ada antara Ahli Sunnah dengan Syiah Imamiyah Itsna Asyariyah (Ja’fariyah) itu, disamping dalam masalah Furuu’ (cabang-cabang agama) juga dalam masalah Usul (pokok/ dasar agama).

20. Azan.
Ahli Sunnah :

Syiah : Menambah ( أشهد أن عليا ولى الله ) ( أشهد أن عليا حجة الله ) dan selepas hayya alal falah ( حي على خير العمل )


YA ALLAH.....
"Pimpinlah kami ke jalan yang lurus."[Al-Fatihah:6]

Saturday, 21 April 2012

Anak Kucing Menyusu Dengan Ibu-nya Yang Telah Mati Dilanggar


   Apa Perasaan anda bila anda melihat gambar ini ?? Ibu kucing yang telah mati dilanggar tetapi anak kecil nya tetap datang dan menyusu dengan jasad ibu nya yang sudah tidak bernyawa  Basi saya , hati saya sangat-sangat tersentuh , bagaimana pula dengan saudara-saudara kita yang di gaza & palenstin , yang mana sering dibunuh dengan kejam tanpa belas kasihan , dan kemudian anak kecil mereka datang menggoncang ibu nya supaya ibu nya sadar , sedang kan itu adalah mustahil ?? Dan bayangkan jikalau itu yang terjadi kepada diri kita ini ? ~ Sekadar renungan bersama =(

Credit to : It'sMeSaiful

Friday, 20 April 2012

Sejarah : Asal Usul Pahlawan Terbilang 'Wong Fei Hung'


Wong Fei Hung(Pahlawan Negeri Tiongkok) adalah Muslim Sejati,tapi Pemerintah Komunis menutup2inya.

Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?

Wong Fei Hung adalah seorang Ulama, Ahli Pengobatan, dan Ahli Beladiri legendaris yang namanya ditetapkan sebagai Pahlawan Nasional China oleh pemerintah China. Namun Pemerintah China sering berupaya mengaburkan jatidiri Wong Fei Hung sebagai seorang muslim demi menjaga supremasi kekuasaan Komunis di China.


Wong Fei-Hung dilahirkan pada tahun 1847 di Kwantung (Guandong) dari keluarga muslim yang taat. Nama Fei pada Wong Fei Hung merupakan dialek Canton untuk menyebut nama Arab, Fais. Sementara Nama Hung juga merupakan dialek Kanton untuk menyebut nama Arab, Hussein. Jadi, bila di-bahasa-arab-kan, namanya ialah Faisal Hussein Wong.
Ayahnya, Wong Kay-Ying adalah seorang Ulama, dan tabib ahli ilmu pengobatan tradisional, serta ahli beladiri tradisional Tiongkok (wushu/kungfu). Ayahnya memiliki sebuah klinik pengobatan bernama Po Chi Lam di Canton (ibukota Guandong). Wong Kay-Ying merupakan seorang ulama yang menguasai ilmu wushu tingkat tinggi. Ketinggian ilmu beladiri Wong Kay-Ying membuatnya dikenal sebagai salah satu dari Sepuluh Macan Kwantung. Posisi Macan Kwantung ini di kemudian hari diwariskannya kepada Wong Fei Hung.Kombinasi antara pengetahuan ilmu pengobatan tradisional dan teknik beladiri serta ditunjang oleh keluhuran budi pekerti sebagai Muslim membuat keluarga Wong sering turun tangan membantu orang-orang lemah dan tertindas pada masa itu. Karena itulah masyarakat Kwantung sangat menghormati dan mengidolakan Keluarga Wong.

Pasien klinik keluarga Wong yang meminta bantuan pengobatan umumnya berasal dari kalangan miskin yang tidak mampu membayar biaya pengobatan. Walau begitu, Keluarga Wong tetap membantu setiap pasien yang datang dengan sungguh-sungguh. Keluarga Wong tidak pernah pandang bulu dalam membantu, tanpa memedulikan suku, ras, agama, semua dibantu tanpa pamrih.

Secara rahasia, keluarga Wong terlibat aktif dalam gerakan bawah tanah melawan pemerintahan Dinasti Ch’in yang korup dan penindas. Dinasti Ch’in ialah Dinasti yang merubuhkan kekuasaan Dinasti Yuan yang memerintah sebelumnya. Dinasti Yuan ini dikenal sebagai satu-satunya Dinasti Kaisar Cina yang anggota keluarganya banyak yang memeluk agama Islam.

Wong Fei-Hung mulai mengasah bakat beladirinya sejak berguru kepada Luk Ah-Choi yang juga pernah menjadi guru ayahnya. Luk Ah-Choi inilah yang kemudian mengajarinya dasar-dasar jurus Hung Gar yang membuat Fei Hung sukses melahirkan Jurus Tendangan Tanpa Bayangan yang legendaris. Dasar-dasar jurus Hung Gar ditemukan, dikembangkan dan merupakan andalan dari Hung Hei-Kwun, kakak seperguruan Luk Ah-Choi. Hung Hei-Kwun adalah seorang pendekar Shaolin yang lolos dari peristiwa pembakaran dan pembantaian oleh pemerintahan Dinasti Ch’in pada 1734.

Hung Hei-Kwun ini adalah pemimpin pemberontakan bersejarah yang hampir mengalahkan dinasti penjajah Ch’in yang datang dari Manchuria (sekarang kita mengenalnya sebagai Korea). Jika saja pemerintah Ch’in tidak meminta bantuan pasukan-pasukan bersenjata bangsa asing (Rusia, Inggris, Jepang), pemberontakan pimpinan Hung Hei-Kwun itu niscaya akan berhasil mengusir pendudukan Dinasti Ch’in.

Setelah berguru kepada Luk Ah-Choi, Wong Fei-Hung kemudian berguru pada ayahnya sendiri hingga pada awal usia 20-an tahun, ia telah menjadi ahli pengobatan dan beladiri terkemuka. Bahkan ia berhasil mengembangkannya menjadi lebih maju. Kemampuan beladirinya semakin sulit ditandingi ketika ia berhasil membuat jurus baru yang sangat taktis namun efisien yang dinamakan Jurus Cakar Macan dan Jurus Sembilan Pukulan Khusus. Selain dengan tangan kosong, Wong Fei-Hung juga mahir menggunakan bermacam-macam senjata. Masyarakat Canton pernah menyaksikan langsung dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana ia seorang diri dengan hanya memegang tongkat berhasil menghajar lebih dari 30 orang jagoan pelabuhan berbadan kekar dan kejam di Canton yang mengeroyoknya karena ia membela rakyat miskin yang akan mereka peras.

Dalam kehidupan keluarga, Allah banyak mengujinya dengan berbagai cobaan. Seorang anaknya terbunuh dalam suatu insiden perkelahian dengan mafia Canton. Wong Fei-Hung tiga kali menikah karena istri-istrinya meninggal dalam usia pendek. Setelah istri ketiganya wafat, Wong Fei-Hung memutuskan untuk hidup sendiri sampai kemudian ia bertemu dengan Mok Gwai Lan, seorang perempuan muda yang kebetulan juga ahli beladiri. Mok Gwai Lan ini kemudian menjadi pasangan hidupnya hingga akhir hayat. Mok Gwai Lan turut mengajar beladiri pada kelas khusus perempuan di perguruan suaminya.

Pada 1924 Wong Fei-Hung meninggal dalam usia 77 tahun. Masyarakat Cina, khususnya di Kwantung dan Canton mengenangnya sebagai pahlawan pembela kaum mustad’afin (tertindas) yang tidak pernah gentar membela kehormatan mereka. Siapapun dan berapapun jumlah orang yang menindas orang miskin, akan dilawannya dengan segenap kekuatan dan keberanian yang dimilikinya. Wong Fei-Hung wafat dengan meninggalkan nama harum yang membuatnya dikenal sebagai manusia yang hidup mulia, salah satu pilihan hidup yang diberikan Allah kepada seorang muslim selain mati Syahid. Semoga segala amal ibadahnya diterima di sisi Allah Swt dan semoga segala kebaikannya menjadi teladan bagi kita, generasi muslim yang hidup setelahnya. Amiin.

Hujan & Cover Lagu Baru

   Assalamu'alaikm semua .. Salam 1 Hujan hari ni , pasai la ni tengah hujan lebat di kawasan johor bahru .. huhuhu , habis basah kuyup semua . Tengah-tengah kesejukkan yang mencengkam tulang sum-sum ku ( 'sejuk' nih tangan ea?) , kene pulak masuk ke ofis , bertambah-tambah kesejukkan ku ... brrrrrrrrrr...oh kasih dengar lah rintihan , diriku ini dalam kesejukkan~~ hah , kan dh keluar lirik lagu , bukan boleh biar kejap pun .. heheheh .. oke lah , hari ni faris nak update tentang idea untuk cover lagu yang seterusnya.

   Jikalau lagu-lagu yang sebelum ni , semua nya dalam bahasa melayu kan , atau pun remix malay-english , tapi kali dari lagu yang memang pure omputih punye lagu , nak ditranslate kan ke dalam bahasa melayu . hewhewhewhew ... memang ada yang dah biasa , tapi saya tidak , sebab ini lagu lama , dan di gilai ramai suatu masa dahulu ... kalau silap sikit dalam lagu ni , konferm jadi tak sedap .. yea lah , cuba korang sumew bayangkan , "ikan gorenag , kalau di gorag dengan minyak maasak , sedap lah , kalau di goreng dengan minyak gamat , hah , amacam ?" samew jew lah macam  di atas .
[ikan , yang digoreng dengan mnyak gamat .. yukkkhhs!]



   Lagu yang dimaksud kan disini ialah " Swear It Again" , nyanyian asal oleh Westlife, hewhewhew .. saya adalah salah seorang 'Kipas Susah Mati" diorang.. lagu itu memang pernah melonjakkan nama Westlife ke persada Antarabangsa Hiburan . Memang banyak lagi lagu-lagu mereka yang best , tapi saya nak try yang ini dahulu , kalau semua nya oke dan perfect , baru saya cuba lagu-lagu mereka yang lain . hewhewhew .. memang ramai yang mengenali saya melalui industri nasyid , tapi banyak lagi yang anda tidak tahu mengenai saya , saya ingin lagu-lagu yang ber-unsur dakwah Islamiah ini boleh diterima oleh anak-anak muda zaman sekarang , sebagaimana yang telah dilakukan oleh Mirwana , dengan lagu mereka , Menifestasi Cinta & Tika Masanya .


   Jadi sampai kat sini sahaj saya menulis , sebab lenguh dah jari-jari kene tiup dengan air-cond (ffuuu...fffuuuu..ffuuu........) .. heheheh ..nanti saya update lagi yea after this .. bubye .. Assalamu'alaikum .. Peace No War!!!

Thursday, 19 April 2012

Salam Jumaat semua! .

   Assalamu'alaikum semua , apa kobar ?  Dah Solat jumaat belum ?.. harharhar .. sah2 la belum sebab belum masuk waktu lagi . Now my blog ni dah ada playlist lagu , maka-nya idoklah kome2 semua bosan yea bila melawat blog saya nih . Saya currently di dalam ofis , macam biasa lah , berlatih komando berendam dalam ais , makna kata nya 'SEJUK' . Hahaha , kalau letak air masak pum , boleh jadi ais-krim -,-'



   Haa , nak cerita sikit lah ni , siapa malam semalam ada baca Yassin ? heee.. baca jangan tak baca .. rugi weee .. saya ada jumpa banyak hadis-hadis sahih menyatakan kaifiat membaca surah yassin pada malam jumaat . Hewhewhew , jadi semalam pun actually , saya kemalasan yang amat-amat , tapi paksa diri , rendam kepala dalam baldi air bior segor memate nak mengaji nanti .. hahaha..Jangan kome ingat malam khusus untuk pasangan suami isteri je , untuk kite-kite yang single pun ade , jangan pandai-pandai buat disclaimer yang kite-kite ni takda tugas istimewa , kang teman bom kome-kome kang .. hahahaha....
   Jadi untuk minggu ni , saya dah ber'azam untuk membuat cover lagu yang memang betul-betul mencabar bagi saya , hewhewhew .. mau tau lagu apa, tunggu .. yang pasti lagu itu lagu inggeris , tapi kalau mulut macam saya ni , inggeris pun boleh pergi ke Jawa bunyinya.. hohoho .. lagi pun buat recording cover song macam ni , adalah salah satu alternatif untuk saya stay sharp for my Vocal Quality and Endurance . Nak menyanyi ni bukan nye senang , banyak gilew dia punya level , jenis suara , kawalan itu ini begitu begini .. haiippp!! pantang lepa , keluar dah lagu Mirwana & Altimet .. hewhewhew .. soli meyh , jangan mara , u mara nanti u merah , apa pasat ? pasat u kena tampar maa... hahaha .. guro jewh ..
        
   Jadi sampai di sini dahulu lah nukilan saya pada pagi yang berbahagia ini .. (aduhh!! siapa berani paling kuali ni ?!! ..) , ( suara dari jarak jauh [ tak payah lee nak sekma sangat ayat tu weyh]) .. hehe .. tak pasal-pasal pulak an an .. oke , jadi next-time kite jumpa lagi , walau tanpa 3G atau Webcam , hanya dalam nukilan .. Salam juma'at sekali dari Faris I.S.E ( Islamic Song Evolution ) . Peace!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...