Monday, 23 April 2012

Apa Itu Saka *AMARAN - JANGAN SESEKALI BENIAT UNTUK MELAKUKAN-NYA*




Saka adalah jin pendamping yang diturunkan dari satu generasi ke satu
generasi secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui
pengijazahan/penyerahan dari generasi terdahulu sama ada melalui ungkapan
dan sebagainya. Secara tidak langsung jin ini akan memilih mana-mana ahli
keluarga untuk didamping tanpa disedari. (sekiranya generasi terdahulu
tidak sempat memberitahu ataupun menyerahkannya)

Ramai yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu penyakit mereka
ada kaitan dengan saka atau diberitahu bahawa mereka ada SAKA. Ini kerana
kita tidak ada pengetahuan tentang saka dan apabila kita faham bagaimana
hubungan saka dalam kehidupan generasi terdahulu maka kita tidak boleh
menafikan kewujudannya sehingga hari kiamat.

KENAPA SAKA DI AMBIL?

Ribuan tahun dahulu, ketika zaman pra-Islam, ketika itu tiada peralatan
mesin, pengangkutan, telekomunikasi dan berkembangnya perebutan/persaingan
untuk mendapat tempat tinggal dan makanan, sekiranya tidak ada saka mereka
akan ditindas. Maka saka diambil untuk kebajikan diri dan keluarga sebagai
contoh saka harimau dijadikan alat tunggangan/kenderaan untuk pergi ke
sesuatu tempat yang jauh dalam sekelip mata, untuk menjaga kebun dan
sebagainya. Saka hantu raya pula mampu membuat kerja-kerja berat seperti
menebas kebun dalam satu malam meratakan tanah dan membajak bendang.

Saka biasanya diambil dan dikaitkan dengan orang Melayu kerana mereka
menjadikan saka ini kawan tetapi bagi orang Cina dan India saka ini
dijadikan Tuhan mereka. Kerana saka, orang Melayu amat terkenal dengan
sikap hasad dengki dan iri hati. Sebelum saka ini diambil ia tinggal di
hutan-hutan, gua, laut, gunung dan sebagainya.

Saka ini sememangnya golongan jin. Saka ini terbahagi kepada dua;

i) jin Islam saka yang dimiliki oleh golongan hulubalang, para panglima
perang dan pengamal perubatan.

ii) jin Kafir saka yang dimiliki oleh tukang ubat atau bomoh yang merawat
secara tidak Islam.

Jin ini diambil dengan amalam tertentu, pada waktu-waktu tertentu seperti
bertapa pada hari-hari tertentu. Jin Islam lebih sukar diambil kerana
memerlukan amalan zikir dan sebagainya diamalkan selama waktu tertentu
ketika bertapa.Jin kafir lebih mudah kerana hanya perlu melakukan pemujaan
dangan memberi persembahan berupa makanan seperti ayam panggang, bertih
jagung,pulut kuning, telor rebus dan sebagainya.


Apabila jin ini secara rasminya diambil dengan akad sebagai kawan maka
barulah timbul istilah SAKA. Dan dari detik itu wujudlah pertalian diantara
saka dan penerima saka sehingga hari kiamat melalui akujanji kedua belah
pihak.

Akujanji terbahagi kepada 2;

i) Penerima Saka
Wajib menyediakan jamuan pada waktu-waktu tertentu seperti setiap kali ada
keramaian, kenduri, dapat anak dsb.

ii) Saka
Menjaga diri penerima saka dan keluarga, menjadi tunggangan,/pengangkutan,
sebagai alat perhubungan/telekomunikasi, sebagai sumber kekuatan fizikal
dan mental (kebal dan kuat)

Gangguan saka bermula apabila syarat/akujanji tersebut tidak dipenuhi dan
kebiasaannya penerima saka yang tidak mengikut syarat/ mungkir janji. Ini
kerana ilmu/pengetahuan tentang perjanjian tersebut tidak diperturunkan ke
generasi seterusnya maka akan tercetusnya gangguan yang akan dihuraikan
kemudian. Saka ini mengamuk kerana tidak diberikan jamuan.

Jamuan untuk saka berupa ayam panggang, pulut kuning, telor rebus bertih
jagung, darah ayam hitam dan sebagainya.

3 sebab mengapa ANDA pilihan SAKA.

1- Kedudukkan dalam keluarga- kebiasaan saka akan mengikut anak sulong
dalam keluarga tersebut.

2- Seseorang yang sering disakiti dan dizalami secara sihir
Saka akan hadir untuk memberikan pertolongan namun begitu apabila usahanya
tidak mendapat habuan seperti jamuan yang dinyatakan di atas maka keadaan
orang yang disihir akan menjadi lebih teruk.

3- Kesayangan keluarga.

(salah satu faktor,1 dan 2 atau kesemua faktor di atas)


GANGGUAN SAKA

Gangguan saka terbahagi kepada 6.

1- Gangguan fizikal
2- Gangguan Mental
3- Kekeluargaan
4- Zuriat
5- Rezeki
6- Keharmonian hidup


1-Gangguan fizikal terbahagi kepada 2:

a) Nampak-kesan lebam, bengkak, kudis, keracunan darah.
b) Tidak nampak- mengadu sakit di tempat tertentu, hati sentiasa
berdebar-debar, gangguan haid. Ada pesakit yang tidak datang haid
bertahun-tahun. Atau haid yang tidak normal.

Sakit yang apabila dirujuk ke hospital, buat ujian tetapi Doktor tidak
dapat mengesahkan punca. Contoh sakit Tiroid, tetapi bila buat ujian darah
hormon seimbang.

2- Gangguan Mental

a) Bagi lelaki sikap panas baran yang melampau, bagi perempuan sikap
cemburu yang keterlaluan.
b) Halusinasi-sampai peringkat bercakap sendirian.
c) Terdengar suara-suara halus

Jika tidak di rawat akan berakhir dengan sakit mental/gila

3- Gangguan Kekeluargaan

Keluarga pecah belah, sentiasa tidak bersependapat, bermusuhan, panas.
Hubungan suami isteri sentiasa bergelora. Hal kecik jadi punca pergaduhan.
Suami/isteri memandang pasangan tanpa rasa cinta.

Selalunya hubungan ibu dgn anak sulong sentiasa tidak kena..Ibu macam
mencari kesalahan anak.

4- Gangguan Zuriat
a) Masalah Jodoh- Bagi lelaki/perempuan yang belum berumahtangga sukar
mendapat jodoh-bujang terlajak. Kalau lelaki suka, perempuan yang tidak
suka atau sebaliknya.
b) Sekiranya sudah berkahwin lambat dapat anak/ tidak dapat anak. Dapat
anak cacat sama ada cacat fizikal/mental.

Gangguan sukar untuk hamil paling banyak terjadi kerana, saka ini telah
memusnahkan sperma sebelum sempat disenyawakan. Adakalanya anak dalam
kandungan gugur.

5- Gangguan Rezeki

Rezeki sempit, setiap apa yang diusahakan seolah tidak menjadi. Buat
business tak untung, susah nak dapat kerja, peluang.

6- Gangguan keharmonian hidup.

Masalah pergaduhan, hati sentiasa berdebar-debar. Hubungan di antara sesama
rakan/jiran tidak mesra dsb. Mempunyai sikap suka menyendiri dan tidak
pandai bergaul. Sentiasa ada rasa tidak puas hati, iri dan dengki terhadap
org lain.


APAKAH PENYELESAIAN MASALAH SAKA?

Masalah saka tiada ubat. Penyelesaiannya hanya ada 2:

1- Bela
Sekiranya dibela ia perlu diberi makan berupa persembahan sekiranya tidak
ia akan menganggu.

2-Buang
Rawatan untuk buang saka akan diatur bagi yang memilih untuk lepaskan diri
dari masalah ini.

Saka tidak disarankan dibela kerana menyalahi dari segi syariat. Perbuatan
membela saka menyurus kepada syirik dan khurafat-(rujuk kitab dan ustaz).
Ini kerana pergantungan kepada saka membuatkan kita merasa saka lebih
berkuasa daripada Allah.

Bagaimana keadaan orang yang ada saka di sihir.

Jin yang dihantar oleh ahli sihir akan datang menggangu, dalam masa yang
sama saka akan datang dengan dua tujuan:

1) melindung dan memberi pertolongan kepada penerima saka
- sekirannya mendapat habuan-makanan.
2) bersekongkol dan menyakiti secara zahir dan batin kepada penerima saka.
-tidak mendapat makanan.

Apabila pesakit mendapatkan rawatan memulihkan diri dari sihir, sihir
sembuh namun begitu saka tidak akan pergi. Kerana perjanjian terdahulu
membolehkan ia terus mengikut penerima saka sehingga hari kiamat kecuali
pesakit mengambil keputusan untuk membuat rawatan membuang saka.
Sebab itu, ramai yang berhabis duit sehingga beribu ringgit untuk merawat
penyakit tetapi sakitnya tidak juga sembuh. Akhirnya menyalahkan perawat
itu menipu. Ilmu membuang saka adalah ilmu tertinggi di dalam perubatan.
Tidak semua perawat mempunyai ilmu membuang saka. Tidak semua perawat telus
dan jujur memberitahu keadaan anda yang sebenar.

Sekiranya pernah terjadi perjanjian antara jin dan keturunan kita yang
terdahulu, maka keturunan seterusnya tidak akan terlepas dari SAKA. Walau
sekuat mana penafian anda dengan mengatakan ayah saya seorang kuat agama,
tuk saya ulama, saya seorang ustaz. Sekiranya ilmu agama kita kuat saka
akan menjauh tidak menggangu tetapi bagaimana dengan anak cucu kita nanti.
Sekiranya anda menafikan kewujudan saka, bermakna anda juga menafikan
kewujudan alam jin

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...