Assalamua'alaikum .. Selamat awal pagi .. hehe .. saya sekarang sedang mengalami kesukaran untuk tidur seketika , maka meng-update blog ini menjadi aktiviti harian-ku .. Oke , currently , saya sedang menjalani latihan Industri ( Praktikal ) di salah sebuah syarikat sendirian berhad , Sutera Auto ( Honda ) Sdn Bhd . Syarikat ini merupakan syarikat jualan kereta mewah antarabangsa , Honda .
Pada waktu ini lah , saya mengenal banyak jenis kenderaan dari syarikat ini , buakan takat kenderaan darat , laut dan udara pun adew ...hewhewhew .. jakun nye saya an an an..saya juga belajar mengenai transaksi jual beli kereta , cara menguruskan JPJ , insurans , company accounting management dan bermacam-macam lagi.
Selain itu juga , saya turut turun melawat ke tapak-tapak bengkel dan PDI ( Pre-Delivery Inspection ) , hingga ada di antara mereka yang masih belum mengenali saya , menyangka saya ini adalah wakil Honda dari jepun ..... hanya kerana uniform saya berlainan.. -,-"
Saya juga sangat beruntung, mempunyai office mate yang sangat-sangat sporting , baik hati , dan sentiasa bersedia apabila saya ingin mengajukan sebarang pertanyaan . Untuk information u'olls , lokasi praktikal saya , betul-betul berhampiran dengan kawasan rumah lama-ku .. hewhewhew .. banyak kenangan woo kat sane .. hihi..Bos saya juga sangat cool , kerana jikalau office mate saya membuat kerja , saya pula mengkaji segala-gala kerja mereka , hebat kan , boleh jadi detektif conan pas ni
Ape-ape hal pun , yang paling tak boleh belah ialah , keadaan di ofis saya persis seperti di dalam freezer peti ais yang kaw-kaw extreme punye .. hahaha , kalau letak milo panas kat atas meja tu , tak sampai 10 minit , terus bertukar jadi milo ais , kan bagus , three in one .. hewhewhew .. tapi saya boleh bagi rating lokasi praktikal saya , 9.5/10 , sebab memang hampir perfect , sampai tandas dia pun selesa habis , elak pasni terbawak bantal masuk tidur kat dalam tu , dah di kata kene sampuk lak ...
Kemudahan kedai makan pun memuaskan , kadang-kala juga memulaskan , apa... salah ke , betul ar.. memulaskan perut saya , sebab kalau lauk pedas dia buat, memang pedas membunuh , bapak gajah pun boleh mati.. muahahaha ..yang paling tak leh lupa , pada minggu pertama , ambil nasi putih , ikan keli , kacang goreng DAN sambal tumis dalam kuantiti yang agak bnyak ( for information u'olls , saya ni hantu sambal .. hewhehew) , dan air yang di-order ialah limau panas , makanya , apa yang anda semua boleh bayangkan , sampai akak kedai tu hulur ais kosong sebab kesian kt saya , hu..hu...hu...
Tapi macam maner pun , my career for singing wll be continue , sebab it is half of my soul , hanya mereka yang memahi jiwa seni sahaja akan menggangguk senyum tanda setuju .. oke lah , sampai sini sahaja ya, next time saya akan meng-update lagi , Opps , lupa nak bagitau , jangan segan nak masuk kat bahagian video , semua video-video saya ada di dalam sana. ^_^ .. bubbye ...
(Ini dia punye showroom , my office is upstairs , nanti kalau ada gmbar , saya tunjukkan )
No comments:
Post a Comment